Dataran 1 Malaysia Klebang Tempat Wajib Dikungjungi di Melaka

Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka

Assalamualaikum. Dataran 1 Malaysia adalah antara tempat menarik di Melaka yang wajib anda pergi jika bercuti di Melaka. Terletak di Pantai Klebang yang belokasi di daerah Melaka Tengah. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Dataran ini yang pastinya sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Dataran 1Malaysia Klebang pada Februari 2012. Sejak daripada itu, dataran ini semakin dikunjungi ramai terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Pada sebelah petang tidak kurang menariknya apabila masyarakat setempat menjalankan aktiviti riadah.

Dataran 1 Malaysia ini baru sahaja di bina dan mendapat sambutan yang amat baik. Ramai pengujung akan berkunjung ke Dataran 1 Malaysia kerana ia nya terletak di Pantai Klebang. Pantai Klebang memang menjadi tempat tarikan di Melaka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga anda.

Jangan lupa untuk berkungjung ke Dataran 1 Malaysia sekiranya bercuti ke Melaka. Admin pasti anda akan berpuas hati dan dapat beriadah bersama keluarga. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DI DATARAN 1 MALAYSIA KLEBANG MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Dataran 1 Malaysia, Melaka. 
  • Waktu Operasi : 12:00 a.m – 12:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka

Aktiviti Menarik

Aktiviti riadah bersama keluarga dapat dilakukan di dataran ini. Dataran ini terletak berhampiran dengan Pantai Klebang yang sangat popular di Melaka. Jadi, anda boleh melakukan aktiviti pantai disini seperti bermain layang-layang. Anda juga boleh berkelah bersama keluarga di pantai ini. Selain itu, aktiviti seperti menungang kuda padi dan juga ATV juga terdapat disini.

Restoran Bas

Anda pasti teruja melihat deretan restoran bas yang disusun oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sepanjang laluan memasuki Dataran 1Malaysia Klebang. Keunikannya, bas-bas lama itu dijadikan restoran tanpa mengubah fizikal dan cat asal kecuali bahagian dalam.

Di dalam bas itu juga, pemilik premis memasak untuk pelanggan, selain ada bas menyediakan meja dan kerusi jika ada pelanggan ingin menikmati juadah. Restoran bas yang menghadap laut Selat Melaka itu ternyata menambah daya tarikan di kawasan tersebut.

Tempat Menginap Menarik di Bustel

Ia adalah penginapan bajet berkonsepkan bas-bas lama di Melaka. Tapi janganlah expect macam hotel lima bintang. Ini memang hotel bajet yang selesa yang rmenyediakan katil queen dan sebuah meja solek.

Ada bilik mandi dan toilet yang selesa tetapi tiada hot shower. Kadar untuk hari biasa adalah RM90 semalam manakala di hari minggu dan cuti umum adalah RM130 semalam.

Tempat Menarik Sekitar Dataran 1 Malaysia

  • Muzium Kapal Selam
  • Pantai Klebang
  • Bustel
  • Cafe Bustel

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka

Jom Lihat Review Pengunjung di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka

Good place to spend time with family. There are car boot sales, kids area and also public fountain to enjoy as mini water park. marwan yaacob.

Fun picnic place for families. Lots of trees for shade under the sun. Clean sand. Great for flying kites. Mohd Hasri Hassan.

Good for family activities. mijh azman.

Nice place to enjoy your free time with the kids. azlin.

Good place for family get together events. Rf Bom.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.utusan.com.my dan www.sayabackpacker.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Dataran 1 Malaysia sangat sesuai dijadikan tempat persinggahan apabila datang ke Melaka.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Dataran 1 Malaysia Klebang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Dataran 1 Malaysia Klebang.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleZoo Melaka & Night Safari Destinasi Wajib Jika ke Melaka
Next articleTaman Rama-Rama Dan Reptilia Tempat Menarik di Melaka
dataran-1-malaysia-klebang-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!