Danau Toba Tempat Menarik di Indonesia

2650

Danau TobaAssalamualaikum. Danau Toba merupakan salah satu keajaiban alam yang menakjubkan di Pulau Sumatra. Tiada pemandangan lain yang lebih indah dan cantik untuk dikunjungi di Sumatra Utara selain tempat ini. Danau Toba merupakan tempat menarik di Indonesia.

Suasana yang sejuk, pemandangan pegunungan hijau yang mempesona ditambah dengan hamparan air biru membuat kawasan di sini menjadi destinasi yang sering dikungjungi di Pulau Sumatera. Anda pasti akan teruja dengan kecantikan dan keindahan tempat ini.

Danau yang merupakan kawah seluas 1.145 kilometer persegi itu akan menjadi perhatian dunia kerana terus menjadi perhatian ratusan media yang ingin membuat liputan kerana tempat ini terlalu cantik.  Terdapat banyak tempat menarik di sekitar Danau Toba yang juga menakjubkan.

Jika anda bercuti ke Indonesia jangan lupa untuk jadikan tempat ini sebagai salah sebuah tempat yang akan dikungjungi. Anda pasti akan berpuas hati dengan keindahan alam di sini. Admin juga kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

DANAU TOBA TEMPAT PALING HEBAT DI INDONESIA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : North Sumatra, Indonesia.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Danau Toba

Tempat Menarik Dilawati Sekitar Danau Toba

  1. Pulau Samosir

Pulau Samosir adalah pulau yang berada di tengah-tengah Danau Toba. Dengan mengunjungi pulau ini anda akan menikmati keindahan Danau dari berbagai sudut dengan pemandangan yang menyejukan mata.

2. Parapat

Lokasi ini merupakan tempat di kawasan Danau Toba yang menyajikan keindahan alam yang pasti memukau. Di sepanjang perjalanan dari Danau ini, anda akan menikmati keindahan kota Parapat. Selain itu anda dapat melihat monyet-monyet yang dibiarkan bebas berkeliaran di tempat ini. Anda boleh memberi makan atau sekedar berfoto dengan hewan lucu ini.

3. Pulau Sibandang

Pulau ini terletak di daerah Muara Tapanuli Utara dikelilingi oleh Tasik Toba. Dari pulau ini, anda dapat menikmati keindahan Danau ini dari semua arah.Untuk sampai ke pulau ini, anda boleh menyewa bot daripada orang di sekitar pulau itu.

4. Tongging

Jika anda mahu melihat keindahan Danau Toba daripada pandangan atas, anda wajib datang ke desa Tongging bahagian utara Danau ini. Pemandangan Danau Toba dari tempat ini sangat menakjubkan kerana suasana semulajadi yang indah dan angin yang tenang akan membuatkan anda rasa tenang. Disini juga terdapat sebuah air terjun tertinggi di Indonesia iaitu Air Terjun Sipiso-piso.

5. Bakara

Bakara adalah salah satu kawasan yang terletak di pinggir Danau Toba yang terkenal dengan keindahan alamnya. Dari tempat ini, anda dapat melihat keindahan Danau Toba dari sudut yang berbeza. Bagi mereka yang suka memancing terdapat beberapa tempat yang sesuai untuk memancing di sini.

6. Pantai Lumban Silintong Balige

Kawasan pelancongan ini menyajikan panorama tepi Danau Toba yang lengkap dengan barisan kafe dan restoran.Di tempat ini, anda boleh berenang sambil menikmati air tasik yang sejuk.

7. Pusuk Buhit

Pusuk Buhit merupakan deretan bukit yang ada di Pulau Samosir. Di tempat ini kamu dapat melihat panorama alam serta air terjun yang cukup indah. Untuk menuju ke tempat ini anda boleh menggunakan bus yang disediakan olah pengelola tempat ini. Tetapi untuk mencapai puncak bukit, kamu harus berjalan kaki sekitar 500 meter.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Danau Toba

Jom Lihat Review Pengunjung di Danau Toba

The lake itself is stunning. A fresh air, calm and soothing sound of water from the lake , Vast blue sky and surrounded by green landscape, I just cant get enough of this. Miss Fadillah.

I love with how fresh the air feels. Its really relaxing and makes feels calm. My husband loved the place so much. umroh sihaloho.

Lake Toba is one of the biggest lake in North Sumatera. The lake is huge and I really enjoy the local culture around the lake. A week was not enough to explore it! Imam Santosa.

The greatest lake in Indonesia. Amazing scenery around. A must visit place in Indonesia. Yusac Willson.

Magnificent panorama, fresh-clean air, nice food, friendly people. If only I could stay longer here, I would be a very peaceful person. Two days stay is not enough, will be back to explore more, for sure! Florencia Libertus.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.tribunnews.com kerana telah memberi dan berkongsi maklumat dan gambar menarik. Maklumat yang diberikan sangat membantu dan berguna kepada admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Danau Toba, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Danau Toba.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleGunung Bromo Tarikan Pelancong Ke Indonesia
Next articleTaman Safari Indonesia Tempat Tumpuan Pelancong