

Assalamualaikum. Congkak Eco Resort adalah salah satu tempat rekreasi yang dahulunya pernah dikenali dengan nama Ecotouria Resort. Lokasi Congkak Eco Resort yang berlatar belakangkan bukit bukau dengan aliran air sungai yang mengalir jernih merupakan salah satu daya tarikan di Hulu Langat yang memukau setiap pengunjung yang mengunjunginya.
Congkak Eco Resort yang berkeluasan 5 ekar mempunyai pemandangan yang indah dengan flora dan faunanya yang amat sesuai untuk perkelahan keluarga mahu pun menjalankan pelbagai aktiviti menarik dan mencabar. Ianya diterajui oleh jurulatih yang berkelayakan, berpengalaman dan sentiasa peka kepada keadaan semasa dan berpegang teguh pada disiplin.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah merintis hutan, merintis tumbuhan ubatan, berjalan malam dan kepelbagaian aktiviti yang pastinya dapat memikat mereka yang pernah melaluinya. Semua aktiviti ini pastinya akan menguji ketahanan fizikan dan mental. Paling penting anda akan seronok menjalankan aktiviti di sini.
Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini bagi merasai pengalaman yang menarik. Anda tidak akan rugi kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Anda boleh membawa keluarga atau rakan-rakan. Sudah pasti aktiviti riadah anda menjadi lebih bermakna. Adin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
HEBAT! CONGKAK ECO RESORT TEMPAT REAKRASI POPULAR DI HULU LANGAT
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor.
- Nombor Telefon :Â 012-356 9215Â
- Website : congkakecoresort
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Congkak Eco Resort
Aktiviti Sesuai
- merintis hutan
- merintis tumbuhan ubatan
- berjalan malam
- BBQ
- Penganjuran Majlis
Tarikan
Parking Yang Luas – Congkak Eco Resort menyediakan kemudahan ruang letak kenderaan yang luas. Keluasan lebih dari 4 ekar dah boleh memuatkan seramai 2000 orang pada satu-satu masa
Tempat Bersi dan cantik – Pemandangan sekeliling yang cantik dan bersih. Kawasan Rekreasi sungai yang terjaga. Lokasi strategik dan nyaman untuk perkelahan, kenduri kahwin mahupun program-program sekolah & korporat.
Kemudahan Bersantai Selesa – Tapak perkhemahan yang luas. Anda juga boleh menginap di chalet kami yang terdiri daripada chalet batu & kayu mahupun bercamping sahaja. Jangan risau tempat selesa dan luas.
Penginapan yang Ada
Disini disediakan tempat penginapan. Terdapat dua jenis chalet iaitu chalet kayu dan chalet batu.
Kemudahan Disediakan
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Congkak Eco Resort
Jom Lihat Review Pengunjung di Congkak Eco Resort
A good place for relaxing. Alex Ching.
Keindahan semulajadi hutan dan kemudahan parking kereta,chalet yang murah. Muhd Sadiq Ezainee Sanusi .
I love this place very much. hafizul Izham.
Pemandangan yang sungguh cantik. Muhammad Afif
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada laman web Congkak Eco Resort yang banyak memberi maklumat. Sekiranya anda ingin merancang program atau aktiviti boleh pilih tempat ini. Jangan lepaskan peluang untk intai keindahan flora dan fauna yang pasti memukau pandangan.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Congkak Eco Resort , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Congkak Eco Resort.