Coconut Shake Merlimau Tempat Makan Menarik Di Melaka

Coconut Shake Merlimau Tempat Makan Menarik Di Melaka

Assalamualaikum. Kelapa adalah satu ciptaan yang penuh dengan hikmah dan khasiat. setiap perkara yang ada pada kelapa boleh kita gunakan untuk kehidupan seharian kita dengan mudah. Seperti, daunnya dapat digunakan untuk membuat penyapu lidi, air kelapa dapat menghilangkan dahaga dan isi buah kelapa dapat digunakan untuk megisi perut ketika sedang lapar. Di Negara India ia digelar Miracle Fruit atau dalam bahasa melayunya ialah Buah Keajaiban.

Apabila bercakap tentang kelapa, banyak perkara yang boleh kita makan daripadanya. Rasanya pula amat enak dan khasiatnya tidak dapat disangkal. Admin ingin bercerita kepada anda semua tentang sesuatu tempat makan yang bertemakan buah kelapa iaitu Coconut Shake Merlimau yang berada di Melaka. Ia sering dipenuhi pelanggan-pelanggan dan yang tidak lekang singgah. ia adalah salah satu tarikan di Merlimau dan ia adalah salah satu tempat makan sedap di Melaka.

Coconut Shake Merlimau mempunyai daya tarikan yang istimewa kerana air kelapanya dihasilkan dengan kelapa yang berkualiti dan isi kelapanya pula terhasil dari baka khas. Harga makanan di tempat ini juga amat berpatutan. Jika ada diantara ahli keluarga anda yang tidak menggemari air kelapa, di sini juga terdapat mango float, oreo float dan nasi lemak. Oleh itu, anda tiadaalasan untuk tidak pergi ke tempat makan menarik ini.

Lokasi Coconut Shake Merlimau berada betul-betul di depan BSN Merlimau. Hanya perlu seberang jalan untuk pergi ke tempat makan ini. Anda perlu keluar highway dan masuk ke persimpangan Jasin. Selepas itu, anda perlu belok ke kanan. Terus bergerak kehadapan sehingga terjumpa BSN dan Coconut Shake Merlimau ada di seberang jalan dari BSN. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

COOL! COCONUT SHAKE MERLIMAU MEMPUNYAI MENU YANG SANGAT HEBAT 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 2800, Jalan Merlimau / Jasin, Pekan Merlimau, 77300 Merlimau, Melaka.
  • Waktu Operasi :  Setiap Hari (12 PM – 6 PM)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Coconut Shake Merlimau

Menu Terkenal

Setelah admin bertanya kepada penduduk setempat, berikut adalah hasil carian admin:

  • Sebiji Kelapa
  • Coconut Shake
  • Air kelapa
  • Nasi Lemak

Harga Menu

  • Sebiji Kelapa – RM5.00
  • Coconut Shake – RM3.00
  • Air Kelapa – RM2.50
  • Air Kelapa Float – RM3.00
  • Nasi Lemak Telur – RM2.00
  • Nasi Lemak Ayam – RM5.00

Jom Lihat Menu di Coconut Shake Merlimau

Coconut Shake Merlimau Coconut Shake Merlimau Coconut Shake Merlimau Coconut Shake Merlimau Coconut Shake Merlimau

Jom Lihat Review Pengunjung di Coconut Shake Merlimau

Great taste and reasonably priced. Eddy Ann

Terbaik tempat ni. Nurhezrin Raja Talib

Kueh Teow Basah terbaik! Najah Everlast

Terbaik. Harga pun betpatutan. Azhar Awang

Macam coconut shake Klebang. Reza UiTM

Penutup & Special Thanks

Ternyata Restoran Coconut Shake Merlimau merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Coconut Shake Merlimau, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Coconut Shake Merlimau.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Lokasi
Harga
Previous articleLila Wadi Restaurant Tempat Makan Sedap Di Kuantan Pahang
Next articleCendol Seri Serkam Tempat Makan Menarik Di Merlimau Melaka
coconut-shake-merlimau-tempat-makan-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!