Chalet Terapung Segantang Garam Penginapan Menarik di Kedah

Chalet Terapung Segantang Garam tempat menarik di kedah

Assalamualaikum. Admin pasti mungkin ramai yang pernah mendengar dan sudah pasti ramai juga yang tidak pernah mendengar nama kampung yang unik ini iaitu Kampung Segantang Garam. Di Kampung ini terdapat chalet terapung yang pasti akan memukau pandangan anda. Chalet Terapung Segantang Garam merupakan tempat menarik di Kedah. 

Untuk sampai ke destinasi ini, anda boleh memilih dua cara iaitu perjalanan darat hanya 12 kilometer dari pekan Merbok menghala ke Sungai Gelam, Bujang atau 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling. Jadi anda boleh memilih perjalanan mengikut keselesaan dan kemampuan.

Terdapat tujuh chalet yang diapungkan atas Sungai Merbok. Dua daripada chalet ini menawarkan bilik tidur berhawa dingin, sementara satu lagi merupakan calet jenis VIP dilengkapi perabot, peralatan dapur, televisyen dan ruang santai. Dan dua chalet berkembar tanpa pendingin hawa serta empat buah bilik penginapan berasingan juga tersedia.

Anda boleh datang sendiri ke sini untuk menikmati penginapan di atas sungai Merbok. Pasti satu pengalaman yang menarik. Boleh bercuti bersama keluarga di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! CHALET TERAPUNG DI SEGANTANG GARAM YANG PASTI MEMUKAU

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kota Kuala Muda, Kedah.
  • Nombor Telefon : 04-457 2117
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Chalet Segantang Garam

Aktiviti Menarik

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini dan melakukan aktiviti menarik seperti menyusuri Sungai Merbok dan menikmati keindahan hutan paya Bakau, memancing di pulau-pulau berhampiran dan mengikuti lawatan ke kawasan pelancongan menarik yang berdekatan seperti Muzium Arkeologi di Bukit Batu Pahat, Merbok, menaiki bot ke Tanjung Dawai, Pantai Merdeka dan lain-lain.

Aktiviti Memancing

Satu pelantar turut disediakan untuk aktiviti memancing. Antara ikan yang banyak terdapat di sini ialah sembilang, jenahak, kerapu, senangin, gemang dan malong.

Harga dan Kos Terlibat

Kadar bayaran penginapan di chalet terapung itu antara RM40 hingga RM250 satu malam manakala untuk memancing tanpa menginap dikenakan bayaran RM15 seorang tanpa had masa.

Kemudahan Lain

Sebuah dewan untuk bermesyuarat dan riadah dengan kapasiti 80 orang pada satu-satu masa. Ia dilengkapi kerusi, meja dan set karaoke.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Chalet Terapung Segantang Garam

Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok Kedah Darulaman

by Qeddah Events

Jom Lihat Review Pengunjung di Chalet Terapung Segantang Garam

Nice view, great for traveller. Princess Fiy.

Good for fishing. Nik Wafdi.

Peaceful. Nice place for family gathering/fun fishing/ bbq. Fitri Razak.

A real relax please and ideal for fishing groups. We enjoyed our stay every moment in this typical place away from home. Syabas. Halyas Hashim.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada entriazfa.blogspot.my dan azaleania.blogspot.my kerana berkongsi maklumat yang berguna. Jangan lupa untuk datang sendiri mencuba menginap di sini dan melakukan aktiviti menarik yang disediakan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Chalet Terapung Segantang Garam , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Chalet Terapung Segantang Garam.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleTaman Reakrasi Batu Hampar Tempat Menarik di Kedah
Next articleTasik Beris Tempat Menarik di Sik Kedah
chalet-terapung-segantang-garam-penginapan-menarik-di-kedahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!