Cendol Seri Serkam Tempat Makan Menarik Di Merlimau Melaka

Cendol Seri Serkam Tempat Makan Menarik Di Merlimau Melaka

Assalamualaikum. Cendol adalah makanan yang tidak asing di negara kita. Ia terkenal tidak kira tempat. Di mana-mana ia ada. Air cendol adalah campuran santan muda dan gula merah yang pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur meminumnya. Nama ‘cendol’ di ambil dari benda yang seperti mee bewarna hijau yang berada di dalam air cendol. Pada masa kini, cendol dicampurkan dengan pelbagai-pelbagai bahan seperti buah sagu dan durian. Terdapat satu tempat di Melaka yang menyediakan makanan berkonsep cendol iaitu Cendol Seri Serkam. Ia juga salah satu tempat makan di Melaka.

Cendol Seri Serkam tidak lekang dengan pelanggan. Suasana di tempat ini juga tenang dan kederaan lalu-lalang di hadapan kedai juga tidaklah terlalu banyak. Suasana tersebut secara tidak langsung menambahkan mood untuk makan cendol sambil berbual-bual bersama rakan dan keluarga. Keadaan di sini sungguh santai. Di sebelah kedai ini, terdapat tempat cuci kereta dan motorsikal. Oleh itu, sambil-sambil menunggu kenderaan anda dibasuh, anda bolehlah makan cendol di sini.

Apa yang menjadikan cendol di Cendol Seri serkam lain dari yang lain ialah tambahan bahan dan kualiti santan yang digunakan sangat tinggi. Kita sering makan cendol dan berasa ada sedikit-sedikit minyak lalu menjadikan cendol yang kita makan berasa kurang enak dan muak. Ini tidak akan berlaku di Cendol Seri Serkam. Di sini juga boleh menambah bahan-bahan seperti durian, buah sagu, pulut, jagung dan sabagainya.

Cendol Seri Serkam berdekatan dengan daerah Muar, Johor. Jika anda dari Muar, jalan lurus ke hadapan dan anda akan lihat tempat tersebut di sebelah kanan anda. Manakala, jika anda dari Merlimau, ia akan berada di sebelah kiri anda. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWSOME! CENDOL SERI SERKAM ADALAH CENDOL YANG TERBAIK DI MERLIMAU

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Cendol Seri Serkam Enterprise, No. Ja 8008, Kampung Serkam Pantai, Melaka, 77300 Merlimau.
  • Nombor Telefon : 012-357 4433 
  • Waktu Operasi : Setiap Hari (11 AM – 6 PM)
  • Facebook : Cendol Seri Serkam
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Cendol Seri Serkam

Menu Terkenal

Disebabkan konsep gerai ini adalah berkonsepkan cendol, maka semua menu adalah cendol dan berikut adalah antara cendol yang terkenal:

  • Cendol Pulut
  • Cendol Kacang Merah
  • Cendol Buah Sagu
  • Cendol Durian
  • Cendol Special

Harga dan Kos Terlibat

  • Cendol Pulut – RM 3.50
  • Cendol Kacang Merah – RM 3.50
  • Cendol Buah Sagu – RM 3.50
  • Cendol Durian – RM 5.00
  • Cendol Special – RM 7.00

 

Jom Lihat Menu di Cendol Seri Serkam

Cendol Seri Serkam Cendol Seri Serkam Cendol Seri Serkam Cendol Seri Serkam Cendol Seri Serkam

Jom Lihat Review Pengunjung di Cendol Seri Serkam

Sedap sangat. Talent Lin Motion

Terbaik cendol seri serkam. Samsul Mohamud

Penutup & Special Thanks

Ternyata Cendol Seri Serkam merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Cendol Seri Serkam, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Cendol Seri Serkam.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleCoconut Shake Merlimau Tempat Makan Menarik Di Melaka
Next articleI-City Trick Art Muzium Tempat Menarik di Shah Alam Selangor
cendol-seri-serkam-tempat-makan-menarik-di-merlimau-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!