Cendol Satar Tempat Makan Sedap di Simpang Renggam

1149

Cendol Satar Tempat Makan Sedap di Simpang Renggam

Assalamualaikum. Cendol adalah makanan yang tidak asing di negara kita. Ia terkenal tidak kira tempat. Di mana-mana ia ada. Air cendol adalah campuran santan muda dan gula merah yang pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur meminumnya. Nama ‘cendol’ di ambil dari benda yang seperti mee bewarna hijau yang berada di dalam air cendol. Pada masa kini, cendol dicampurkan dengan pelbagai-pelbagai bahan seperti buah sagu dan durian. Terdapat satu tempat di Melaka yang menyediakan makanan berkonsep cendol iaitu Cendol Satar. Ia juga salah satu tempat makan sedap di Johor.

Cendol Satar tidak lekang dengan pelanggan. Suasana di tempat ini juga tenang dan kederaan lalu-lalang di hadapan kedai juga tidaklah terlalu banyak. Suasana tersebut secara tidak langsung menambahkan mood untuk makan cendol sambil berbual-bual bersama rakan dan keluarga. Keadaan di sini sungguh santai. Di sebelah kedai ini, terdapat tempat cuci kereta dan motorsikal. Oleh itu, sambil-sambil menunggu kenderaan anda dibasuh, anda bolehlah makan cendol di sini.

Apa yang menjadikan cendol di Cendol Satar lain dari yang lain ialah tambahan bahan dan kualiti santan yang digunakan sangat tinggi. Kita sering makan cendol dan berasa ada sedikit-sedikit minyak lalu menjadikan cendol yang kita makan berasa kurang enak dan muak. Ini tidak akan berlaku di Cendol Satar. Di sini juga boleh menambah bahan-bahan seperti durian, buah sagu, pulut, jagung dan sabagainya.

Cendol Satar juga terkenal dengan rasa ia yang berasa tradisional. Penjual tidak lokek untuk memberikan bahan-bahan yang secukup rasa. Mereka berkata biar sedap, asalkan pelanggan puas hati. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

HEBAT! CENDOL SATAR MENGEKALKAN RASA YANG TRADISIONAL 
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Simpang Renggam, 86200 Simpang Renggam, Johor.
  • Waktu Operasi :  Setiap Hari 10 AM – 6 PM
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Cendol Satar

Menu terkenal

Cendol pulut kacang adalah cendol yang amat dihidangkan di kedai ini. Tambahan pula, kedai cendol ini juga menerima perkhidmatan cathering.

Jom Lihat Menu di Cendol Satar

Cendol Satar Cendol Satar Cendol Satar Cendol Satar Cendol Satar

Jom Lihat Review Pengunjung di Cendol Satar

The cendol is very awesome. Firdaus Nawi

Sedap sangat. Talent Lin Motion

Terbaik cendol satar. Samsul Mohamud

Penutup & Special Thanks

Ternyata Cendol Satar merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Cendol Satar, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Cendol Satar.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleRestoran Nasi Daun Pisang NSM Tempat Makan Sedap Di Johor
Next articlePulau Besar Tempat Menarik di Melaka