

Disini bukan satu atau dua jenis cendol sahaja disediakan tetapi 13 jenis cendol disediakan untuk dinikmati oleh pelanggan yang datang. Antaranya ialah cendol aiskrim, cendol pulut, jagung, kacang dan macam-macam lagi. Kedai Cendol Mustafa ini telah lama bertapak disini dan 3 generasi keturunan telah menguruskan kedai cendol ini.
Bahan-bahan asas cendol ini dibuat sendiri oleh pengusaha seperti cendol dan air gula melaka. Tidak hairanlah rasa cendol ini sangat sedap kerana bahan-bahan dibuat sendiri oleh pengusahanya mengikut resepi turun temurun. Cendol ini sangat sesuai dimakan di waktu cuaca panas bagi menghilangkan rasa dahaga.
Cendol Mustafa juga menjadi suplier untuk penjaja dan penjual cendol disekitarnya. Selain cendol, makanan lain menjadi pilihan pengunjung ialah mee goreng mamat, rojak ayam dan pelbagai makanan santai yang lain. Bagi mereka yang mahu makan cendol sedap jangan lupa untuk singgah ke Cendol Mustafa yang berada di sekitar bandar Kuantan, pahang. Sekiranya bersetuju dengan admin boleh kongsikan Peta Tempat Makan Menarik ini.
HILANGKAN DAHAGA DENGAN MENIKMATI CENDOL MUSTAFA DI KUANTAN, PAHANG
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia.
- Nombor Telefon : +60 16-939 8384
- Waktu Operasi : 11:30 a.m – 7:30 p.m
- Facebook : Mustafa Cendol, Kuantan
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Mustafa Cendol
Menu Utama
- 13 Jenis cendol
- Mee Goreng
- Rojak
Jom Saksikan Keindahan Lihat Menu di Mustafa Cendol
Jom Lihat Review Pengunjung di Mustafa Cendol
Cendul pulut + kacang + jagung superb. Sedap. Kuantiti banyak. Kenyang. Muhammad Kamil.
The rojak gravy is good. Thick and creamy. Amau A.
The best cendol and abc in town. zulkifli mohamad.
Good food and fast service . Will definitely be back here when we are in Kuantan again. Mohd Nasser Ibrahim.
One of the best Cendol stalls in Kuantan. Adham Roslan.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah,Mustafa Cendol merupakan tempat makan yang perlu dicuba oleh sesiapa yang datang bercuti ke Kuantan, Pahang. Terima kasih diucapkan kepada anasuhana.com kerana telah membuat review mengenai kedai cendol ini. Maklumat yang berguna untuk dikongsikan kepada pembaca tempat menarik.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Mustafa Cendol , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Mustafa Cendol.