Canopy Tribes Tempat Menarik Di Johor

Canopy Tribes Tempat Menarik Di Johor

Assalamualaikum. Semua orang suka akan susana flora dan fauna. Ia adalah sikap semula jadi setiap manusia yang ingin kembali kepada fitrah asal iaitu semula jadi. Tidak kiralah ia tinggal di bandar atau dia di pekan. Ia pasti akan mencari alam semula jadi untuk mencari ketenangan. Tetapi, pada masa kini, manusia takut untuk bercuti di tempat-tempat lasak seperti hutan atau pergunungan. Mungkin mereka tidak biasa dengan keadaan tanpa hiburan seperti video dan lagu. Situasi ini sering dialami oleh generasi X dan keatas. Maka admin telah cari tempat yang sesuai untuk anda semua.

Tempat yang admin jumpa adalah Canopy Tribes yang berada di Johor. Tempat perkhemahan ini berkonsepkan “glamping”. Apabila terdengar perkataan “tempat perkhemahan” pasti terdetik kat hati bahawa termpat tersebut lasak, kotor dan perlukan fizikal dan mental yang kuat. Jangan risau, maksud perkataan glamping bermaksud perkemahan yang mewah. Glamping adalah perkataan gabungan daripada “glamour” dan “camping. Oleh itu, bercuti di tempat perkhemahan ini tidaklah selasak tempat perkhamahan-perkhemahan biasa. Kerana itulah admin mengkelaskan ia sebagai tempat menarik di Johor.

Sekarang admin ingin memberitahu sebab-sebab Canopy Tribes sesuai dengan golongan X dan keatas. Untuk pengetahuan semua, golongan X dan keatas adalah golongan yang dibersarkan dengan teknologi dan gajet yang tinggi seperti laptop dan smartphone. Golongan ini mahir dalam bab IT bebanding goglongan lain tapi ia agak lemah jika ketiadaan gajet tersebut. Maka tempat perkhemahan ini sesuai dengan mereka kerana di sini cukup kemudahan yang mereka perlukan di samping menghargai alam semula jadi.

Semasa di Canopy Tribes, anda semua tidak perlu membawa khemah kerana di sana terdapat khemah khas untuk anda duduk. Malah ia juga selesa dan besar. Di dalam khemah tersebut terdapat tilam, kipas, lampu dan komputer. Ia juga mempunyai hot shower maka anda tidak perlu risau tentang kesejukan. Ya, tempat perkhemahan ini terlalu selesa bagi sesiapa yang inginkan cabaran perkhemahan kerana tema di Canopy Tribes bukanlah memberi cabaran malah ingin memberi ketenangan kepada pelanggannya. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

COOL! CANOPY TRIBES ADALAH PERKHEMAHAN ALAF BARU 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kanopi Tribes, 7815, Jln Lombong, Batu 8 Kota Tinggi, Johor.
  • Nombor Telefon : 018 – 786 5152
  • Waktu Operasi :  24 Jam
  • Facebook : Canopy Tribes
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Canopy Tribes

Aktiviti Sesuai

Terdapat banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan:

  1. Daki ke Air Terjun dan berenang.
  2. Trekking ke tasik yang berdekatan.
  3. Trekking ke hutan hujan..
  4. Trekking ke Gunung Panti, 513 m.
  5. Pergi Berbasikal atau Berkayak di sungai atau Pengembaraan ATV.
  6. Sewa basikal atau kereta 4 x 4 untuk menerokai kawasan tersebut.
  7. Berkelah di tepi sungai.
  8. Nikmati api unggun dengan rakan atau keluarga anda.
  9. Trek malam dan tengok angkasa.
  10. Lepaskan tanglung.

Harga dan Kos Terlibat

1. Free & Easy :                                

2D1N Package for 2 pax                                     RM 199

(Additional adult at Rm79, Kid Rm69)

 

2. 2D1N Full Package:                                      (ADULT  /  KIDS)

Including 8-Course Buffet BBQ Dinner                 RM 150  /  120

and English Breakfast            

 

3. 3D2N Full Package:      

Including 8-Course Buffet BBQ Dinner                 RM 290  /  230

and English Breakfast x2

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Canopy Tribes

Canopy Tribes Canopy Tribes Canopy Tribes Canopy Tribes Canopy Tribes

Jom Lihat Review Pengunjung di Canopy Tribes

To enjoy Canopy Tribes, you need to like nature and the idea of camping. Its not a fair comparison with a luxury resort. Its a wonder that they have modern seating toilets with hot water in the middle of a rainforest. The BBQ was delicious with ample food. There are many exciting activities especially the Pelapeh Trek. The Kayaking expedition was a special journey up the Johor River, visit to kampong and ancient sites. At night, we sang karaoke and made many friends by singing together. For the adventurous and outdoor type, this is a unique place that you must visit. Niz Aita

Camping with no hassle, in the wild, in the jungle, nature lover’s this is the place. Maria Dela Ooi

Very nice. Refreshing! Ghie Tabz

My friends and I got a decent and comfortable tent. The dinner and breakfast was good and filling. Probably not as “glam” as some would expect, but this is a more down to earth and homey place, something which I appreciate. Though there’s space for improvement like the shower facilities. All the best, Canopy Tribes. Tracy Tan

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada sini.my dan maisinggah.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Canopy Tribes merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Canopy Tribes, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Canopy Tribes.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleRestoran Arabian Delight Salah Satu Tempat Makan Menarik Di Kedah
Next articleRestoran Kari Kambing 40 Hari Tempat Makan Menarik Di Johor
canopy-tribes-tempat-menarik-di-johorSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!