Cameron Highland Percutian Hebat di Pahang

tempat-menarik-di-cameron-highland-pahang

Assalamualaikum. Cameroh Hihgland merupakan percutian tanah tinggi yang menjadi tempat pelancongan yang sangat popular di Malaysia. Cuaca serta suhu yang berbeza dengan kawasan lain di Malaysia, ianya telah menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti di sini. Cameron Highland telah menjadi tempat menarik di Pahang dan wajib dikungjungi.

Suhu di Cameron Highland adalah sekitar 25 ° C pada waktu siang dan 18 ° C pada waktu malam. Suhu seperti ini sangat sesuai untuk sayuran dan buah-buahan benua yang perlukan suhu yang rendah untuk hidup seperti strawberi. Oleh yang demikian, panorama di Cameron Highland sangat cantik dan nyaman seperti berada di Luar Negara. Terdapat tiga pekan di Cameron Highland iaitu Tanah Rata, Brinchang dan Ringlet.

Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik boleh dikungjungi di Cameron Highland. Semua tempat akan memberikan kepuasan kepada anda. Disini banyak kebun-kebun bunga yang sangat cantik. Selain itu, tarikan utama disini adalah untuk melihat pokok strawberi dan pokok teh. Suasana di ladang teh sangat cantik dan memukau pandangan semua yang melihatnya. Anda juga dapat membeli dan melihat sendiri bagaimana daun teh dipetik dan diproses.

Rancang percutian anda ke Cameron Highland kerana di sini akan membuatkan percutian anda lebih bermakna. Anda tidak perlu ke luar negara untuk merasa suhu yang sejuk. Disini juga mempunyai banyak hotel dan rumah penginapan yang boleh disewa. Rancanglah lebih awal kerana penginapan disini akan sentiasa penuh terutamanya sewaktu musim cuti sekolah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! CAMERON HIGHLAND SANGAT SEJUK DAN SANGAT CANTIK UNTUK DIKUNGJUNGI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Cameron Highland, Pahang.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Cameron Highland

Tempat Menarik Untuk Dilawati

Terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highland, menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Antara tempat menarik di Cameron Highland ialah:

  1. Taman Rama-rama Kea Farm

Taman Rama–Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang. Kalau anda ingin belajar tentang kehidupan semulajadi rama-rama atau melihat spesis rama-rama beraneka jenis datanglah ke tempat ini.

Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas. Selain dari rama-rama anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM4
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 5.30pm)
  • Lokasi: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland

2. 5D Art Muzium

5D Art Muzium ini terletak di tingkat 2 di Cameron Square, dan ia merupakan pameran lukisan 5D beraneka tema. Jika anda seorang peminat setia selfie pastikan anda datang ke sini untuk bergambar sebentar.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM10
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am-10pm)
  • Lokasi: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Brinchang, 39100 Cameron Highland

3. Big Red Strawbery Farm

Mengidam makan Strawberi segar yang baru sahaja dipetik? di Big Red Strawberry Farm anda dapat merasa makan Strawberry segar yang dipetik sendiri.

Kebanyakkan stawberry yang dijumpai di Malaysia datang dari Cameron Highland dan di sini anda dapat melihat bagaimana proses menjaga pokok strawberi. Selain dari strawberi, di sini juga terdapat Cafe, kedai cenderamata dan kedai sayur organik segar.

  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30am – 6.00pm)
  • Lokasi: Big Red Strawberry Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland.

4. Ladang Teh Boh

Apabila di sebut sahaja nama Cameron Highland pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas, ini kerana Cameron Highland memang dikenali oleh pengeluaran tehnya. Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia dan mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.

Ladang teh yang terletak di sungai palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar dan merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara. Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang proses membuat sebuah uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.

  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
  • Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands

5. Air Terjun Parit

Air Terjun Parit ini tersembunyi didalam taman rekreasi Kampung Sedia yang tidak jauh jika anda berjalan kaki dari tanah rata iaitu 800 meter dari Hotel Pines Century.

Selain daripada aktiviti mandi  di air terjun pelawat juga dapat menikmati keindahan hutan hijau yang mengelilingi air terjun tersebut. Terdapat denai kecil jika anda minat jungle trekking.

Jika anda merancang untuk memandu kesini anda boleh parking di tempat letak kereta percuma yang disediakan. Di sini juga terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tandas.

6. Ladang Lebah Ee Feng Gu

Ladang Lebah Eu Feng Gu terletak 3.5km dari pekan Brinchang dan berhampiran dengan Equatorial Resort. Di sini anda dapat belajar cara proses madu dan cara betul menjaga lebah. Selain itu, disini juga terdapat galeri membeli-belah yang besar dan tempat permainan kanak-kanak, muzium mini dan café.

  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 7.00pm)
  • Lokasi: 75, Batu 43, Green Cow, Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands

7. Rose Centre

Rose Centre Kea Farm terletak 3.5km dari pekan Brinchang. Tempat ini dihiasi dengan bunga ros yang beraneka jenis. Selain daripada bunga ros, pengunjung juga dapat membeli bunga pasu dan pokok kaktus.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00am)
  • Lokasi: Rose Centre, Brinchang, 39000 Cameron Highland

8. Air Terjun Robinson

Air Terjun Robinson merupakan satu daripada tiga air terjun popular di Cameron Highland. Untuk ke air terjun ini anda perlu meredah hutan terlebih dahulu. Kepada peminat aktiviti jungle trekking sangat sesuai untuk datang ke air terjun ini.

Lokasi: Tanah Rata, 39000 Cameron Highland.

9. Lata Islandar

Dalam perjalanan ke Cameron Highland, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar. Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan pada hari yang panas.

Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.

10. Pasar Malam Berinchang

Pasar Malam Pekan Brinchang merupakan pasar malam paling popular di Cameron Highland. Ianya teretak tidak jauh dari kawasan Kea Farm. Di sini anda dapat membeli hasil keluaran penduduk tempatan Cameron Highland seperti teh, sayur dan buah-buahan segar. Selain itu, terdapat banyak gerai yang menjual beraneka jenis makanan yang pasti dapat memikat selera anda.

  • Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)
  • Lokasi: Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland

11. Cactus Valley

Disini anda akan dapat melihat pelbagai jenis pokok kaktus. Anda juga boleh membeli pokok kaktus untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Jika anda berada di pekan Brinchang anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk sampai ke Cactus Valley.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00pm)
  • Lokasi: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands.

12. Muzium Time Tunnel

Muzium Time Tunnel ini dijadikan tempat menyimpan memori dan sejarah Cameron Highland dari zaman pemerintahan British hinggalah ke zaman sekarang. Antara pameran yang menarik di sini adalah barang ketinggalan kerajaan British, baju kaum peranakan, dapur antik yang penuh dengan hiasan lama, barang koleksi antik seperti kotak rokok dan tin minuman lama.

Muzium ini boleh di jumpai di Brinchang dan ia berkongsi tempat dengan Kok lim Strawberry Farm.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)
  • Lokasi: UT/MR/F-255, Jalan Sungai Burong, Brinchang, 39100 Cameron Highlands.

13. MARDI Agrotechnology Park

Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highland yang berjaya menarik sebanyak 100,000 pengunjung setiap tahun dan merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.

Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai pokok buah-buahan yang beraneka jenis. Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak – Kanak RM 3.00
  • Waktu Operasi: Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm) | Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm) | Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)
  • Lokasi: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Cameron Highland

tempat menarik di cameron highlandstempat menarik di cameron highlandstempat menarik di cameron highlandstempat menarik di cameron highlands

Tempat Menarik Wajib Singgah di Cameron Highland Pahang Malaysia

Jom Lihat Review Pengunjung di Cameron Highland

Incredible views, definitely a must see. Go early, big lines for the cafe area at the top towards the afternoon. The tea shop is good, though you can buy the same tea at a fraction of the price at any supermarket. Melissa Gooley.

The largest tea plantation in Cameron Highlands. It is a must to visit here if you came to Cameron Highlands. Ian Elay.

It was fun and interesting ride up and down the 4 km narrow stretch road. At the top, the tea centre was nice, got to taste a few of the BOH tea flavors. View of the tea plantations was awesome. Siti Zubaidah Mohd Hashim.

Beautiful place. Having cactus, flowers, lettuce and strawberries farms all in one place. Such a charming environment. They got fish too, brilliant! Ahmed Albabakri.

Beautiful place, suitable for family and you can enjoy eating in garden. Favourite. Shazwina Osman.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.maisinggah.com, equatorialcameronhighland.com dan www.audleytravel.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Cameron Highland, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Cameron Highland.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleTangkuban Perahu Tempat Menarik Di Bandung
Next articlePulau Tioman Tempat Menarik Di Pahang
cameron-highland-percutian-hebat-di-pahangSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!