Bustel Klebang Tempat Penginapan Menarik di Melaka

Bustel-Klebang-Melaka

Assalamualaikum. Hotel menjadi tempat penginapan sekiranya pergi bercuti. Anda pasti akan mencari tempat penginapan yang selesa dan mempunyai keunikan tersendiri. Di Melaka terdapat sebuah tempat penginapan yang sangat unik. Tempat ini unik kerana hotel ini di bangunkan dengan menggunakan bas-bas lama. Bustel Klebang merupakan tempat Penginapan menarik di Melaka.

Bustel adalah hotel yang dihasilkan oleh bas-bas terpakai dari negeri Melaka ini. Pasti anda terpegun melihat bagaimana bas-bas lama dikitar semula secara kreatif, bukannya dimusnahkan begitu sahaja. Kelengkapan seperti bilik air dan katil disediakan seperti hotel yang lain. Jadi anda jangan bimbang soal itu.

Terdapat dua buah bilik bagi sebuah bas. Terdapat bilik katil saiz queen dan bilik yang mempunyai katil single. Jadi anda boleh memilih mengikut keperluan. Satu bilik hanya dibenarkan dua orang sahaja bagi memastikan keselesaan anda.

Jadi anda boleh merasai sendiri pengalaman tidur di dalam bilik yang di hasilkan daripada bas terpakai. Pengalaman seperti ini mungkin sukar untuk diperolehi kerana jarang hotel di bina daripada bas. Ini merupakan satu inovasi yang sangat berjaya. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! BILIK HOTEL DARIPADA BAS DI BUSTEL KLEBANG MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka.
  • Nombor Telefon : 0197414113
  • Facebook : Bustel Klebang Melaka
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Bustel Klebang

Keunikan Hotel

Hotel yang diperbuat daripada bas ini mempunyai keunikan sendiri. Anda boleh merasai sendiri keunikan hotel ini. Bas yang trpakai diubahsuai menadi bilik hotel yang mewah.

Pemandangan Indah

Mereka datang bersama keluarga untuk menikmati keindahan suasana pantai. Pemandangan matahari terbenam dengan cahaya kuning kemerah-merahan memang sangat menarik dan indah dipandang, atau diabadikan dalam gambar.

Tempat Makan Sedap

Berhampiran dengan Bustel ada Bus Cafe, iaitu gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan ‘street food’. So, pengunjung memang takkan bosan di sini. Boleh piknik di tepi pantai klebang yang pasir tambaknya masih putih mulus sambil menikmati cendol atau coconut shake. Kalau tidak mahu berkelah di pantai anda boleh juga makan di dalam bas itu sendiri. Ada disediakan meja makan.

Harga Bilik

Hari biasa (work days) = RM80/night.
Hujung minggu dan cuti umum = RM120/night.
Sebiji bas memuatkan 2 buah bilik. So kalau anda nak sewa sebuah bas, harga bilik di darab 2.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Bustel Klebang

Jom Lihat Review Pengunjung di Bustel Klebang

Its really a good experience i must say!! Nearby laut yang cun, boleh tengok sunrise dari window bilik . Dekat dengan coconut shake yang famous dan char kuey teow yg terbaik. Harap-harap bustle business diteruskan. Teringin nak pergi lagi. Dzafiza Johari.

Bestttttt, angin kuat, happening, banyak aktiviti boleh buat dengan family. Galaksi Seni Trading.

Awesome! best place to hang out, kuew tiau ketam super kaw! Liyana Bakari.

Super fantastic place! overall memang terbaik. Pengalaman yang sangat mengujakan bila duduk hotel dalam bus.toilet bersih.katil comfort.aircond superb.baby pun happy je duduk dalam bus. Dekat luar memang menarik macam-macam ada.sila semua datang sini rasai kelainan. cool sangat! Hana Danial.

Sempat create memory dengan bestfriend. Condition bustel Best and servis tiptop. Trust kat customer. Fatin Dalia Alauddin.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.mstar.com.my dan cutifamili.blogspot.my kerana erkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Bustel Klebang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Bustel Klebang.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleRumah Terbalik Tempat Tumpuan Pelancong di Melaka
Next articleMasjid Kampung Hulu Tempat Menarik di Melaka
bustel-klebang-tempat-penginapan-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!