

Dengan suasana yang nyaman dan pemandangan yang bakal menenangkan fikiran, pengalaman bercuti di sini adalah suatu yang harus dirasai bersama keluarga, khususnya mereka yang gemar bergambar. Percutian anda di Pahang akan menjadi lebih bermakna dan meninggalkan kenangan manis apabila anda berkungjung ke Bukit Tinggi.
Banyak tempat menarik yang akan mencuri perhatian anda di sini. Pemandangan disini sangat menakjubkan seperti berada di luar negara. Tempat yang menarik disini seperti Colmar Tropicale Berjaya Hill, Japanese Village dan banyak lagi. Anda pasti kagum dengan pemandangan disini yang sangat cantik dan menarik.
Anda boleh datang ke sini membawa keluarga bagi lari daripada kesibukan kota. Datang balik hari atau anda boleh bermalam disini untuk merehatkan minda dan fizikal. Admin pasti anda akan berpuas hati bercuti di Bukit Tinggi. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
AWESOME! PERCUTIAN MENARIK DI BUKIT TINGGI PAHANG
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Bukit Tinggi, Pahang.
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Bukit Tinggi Pahang
Tempat Menarik
- Colmare Tropicale
Untuk memulakan pengembaraan anda di Bukit Tinggi kami cadangkan melawat Colmar Tropicale French Village dahulu. Dibuka oleh Berjaya Hills Resort, perkampungan bertema ala perancis ini mendapat ilhamnya dari Colmar Village Alsace, sebuah perkampungan perancis yang terkenal dengan jalan batu buntar dan bangunan peninggalan zaman Renaissance. Suasana kampung ini bakal membuat sesiapa sahaja yang berjalan disini merasa seolah-olah berada didalam sebuah filem eropah klasik.
Selain daripada suasana yang unik, terdapat juga banyak aktiviti menarik yang menanti anda sekeluarga seperti rock climbing dan mountain biking. Untuk pengalaman bercuti di Bukit Tinggi yang lengkap, anda boleh memilih untuk bermalam di resort tersebut. Kepada mereka yang merancang untuk balik hari pula, bayaran kecil dikenakan untuk melawat kawasan tersebut.
Bayaran Masuk: Dewasa (RM16) | Kanak-kanak (RM8)
2. La Lavande Massage and Spa
Bertempat di tengah-tengah Colmar Square terdapat sebuah spa bertema eropah yang menawarkan pelbagai rawatan kecantikan seperti urut kaki refleksologi hingga ke therapeutic massage. Spa ini unik kerana ia merupakan sebuah spa mesra kanak-kanak. Sambil anda memanjakan diri dengan tradisional thai massage, anak anda boleh berhibur dengan aktiviti menarik seperti face painting yang pasti menarik perhatian mereka jesteru memberi anda peluang untuk berehat seketika tanpa diganggu.
3. Adventure Park
Kepada meraka berani mencuba, Colmar Adventure Park menyediakan pelbagai aktiviti lasak khas buat orang yang mengejar cabaran. Kalau anda tidak gayat, jagan lepaskan peluang untuk merentasi gaung dengan menaiki flying fox terpanjang di Asia Tenggara yang mempunyai kepanjangan 1 kilometer.
Jika bergayut dari tempat yang tinggi bukan suatu yang membawa anda keriangan, mungkin menembak rakan-rakan dengan bola-bola cat dapat menghiburkan hati. Adventure Park juga menawarkan aktiviti paintball khas buat kumpulan kecil atau besar seperti team building korporat. Terdapat dua gelanggang paintball berasingan, setia satu mempunyai cabaran yang berbeza iaitu Capture The Flag dan Jungle Warfare.
4. Japanese Village
Tanpa menaiki pesawat, dalam beberapa minit sahaja anda boleh menyusul dari sebuah perkampungan perancis yang romantik ke perkampungan jepun tradisional yang aman. Japanese Village yang terletak di Bukit Tinggi ini merupakan memperlihatkan koleksi tarikan bertema jepun yang disusun kemas sekitar sebuah taman hijau yang luas dengan tujuan untuk menghidupkan suasana perkampungan jepun tradisional dahulu kala.
Perkampungan jepun ini dihias dengan kolam ikan Koi, taman bunga dan batu berlumut yang cantik. Antara tarikan mesra keluarga yang boleh dijumpai disini adalah Rumah Teh Jepun, Taman Botanikal, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan restoran Ryo Zan Tei.
Bayaran Masuk: Dewasa (RM12) | Kanak-kanak (RM8)
5. Botanical Garden
Jika bersiar-siar di taman bunga kayangan luas serba panoramik itu sesuata yang memberangsangkan imaginasi, Botanical Garden Bukit Tinggi menanti kehadiran anda. 5 minit sahaja masa memandu dari Colmar Tropicale, taman yang tersembunyi di dalam Japanese Village ini mempunyai kawasan seluas 4 ekar dan menampilkan beraneka jenis tumbuhan iklim sejuk seperti pokok Strawberry dan Pear.
Sebuah walkway khas sepanjang 1 kilometer melalui taman dan menjadikan tempat ini ideal untuk berjalan santai bersama keluarga ataupun orang yang tersayang sambil menikmati kepelbagaian flora dan fauna yang menghiasi taman ini.
6. Tatami Spa
Diiktiraf sebagai Spa-berkonsep jepun pertama diluar Negara jepun. Spa yang pernah dianugerahkan spa terbaik tahun 2007-2008 oleh Hospitality Asia Platinum Awards ini menawarkan pelbagai rawatan badan istimewa seperti skrab, tab air panas therapeutic, urut aromatherapy dan rawatan satu badan istimewa bernama Kimochi Treatment. Disamping itu, anda dapat memilih untuk merehatkan diri di dua tab air panas berasingan, yang pertama adalah tab tertutup yang berada didalam dan kedua adalah tab Onsen yang terletak di bahagian luar.
7. Horse Trails
Di Horse Trails Bukit Tinggi, impian anda untuk menunggang kuda boleh menjadi kenyataan. Jika ini kali pertama anda menunggang kuda, anda tidak perlu risau kerana kuda-kuda disini terlatih dan jinak. Disini anda boleh melihat pelbagai jenis kuda yang berlainan baka seperti, kuda unik palamino, hingga ke baka populuar seperti Quarter Horse.
Pihak admin di Horse Trails ini mengendalikan kelas berbeza untuk setiap tahap kemahiran dan mereka juga mengadakan kem menunggang sehari untuk mereka yang berminat. Menambah kepada keajaiban pengalaman ini, anda boleh memilih untuk merentasi laluan hutan tropika hijau sambil menunggang kuda.
Bayaran Masuk: RM2 Untuk masuk kawasan Horse Trails dan melihat kuda | RM25 untuk menunggang kuda selama 10 minit.
8. Rabbit Park
Khas buat ibu-bapa yang bercuti bersama anak kecil, Rabbit Park merupakan tarikan mesra kanak-kanak dan menampilkan sebanyak 200 arnab comel yang bakal buat anak anda tertawa keriangan. Disini pelawat dapat bermain sambil bergambar dengan arnab-arnab tersebut.
Setelah puas membelai bulu arnab yang gebu, lihat pula gelagat lucu haiwan lain seperti rusa atau menunggang keldai yang jinak. Tambahan pula, anak anda boleh melakukan pelbagai aktiviti sampingan seperti kelas mengecat dan melukis.
9. Berjaya Golf And Country Club
Mereka yang ingin bercuti sambil bermain golf juga boleh berbuat demikian di Berjaya Hills Golf & Country Club. Kelab yang telah memenangi anugerah ini mempunyai padang hijau yang membetang seluas 1.6 ekar. Anda dapat bermain golf di Bermuda turf sambil menikmati suasana bukit yang nyaman. Kelab golf yang mempunyai 18 lubang ini pernah tersenarai didalam 20 kelab golf paling terkemuka di negara kita pada tahun 2004.
10. Organic Farm
Tarikan yang dipilih untuk mengahiri entri ini merupakan sebuah tarikan eco-pelancongan bergelar Organic Farm. Untuk ke ladang tersebut anda perlu memandu. Jika anda memandu dari arah Kuala Lumpur atau Bentong anda perlu mengambil selekoh kiri pertama selepas kaunter tiket Bukit Tinggi.
Sesiapa yang minat sayur-sayuran segar atau mahu belajar sedikit tentang proses mengeluarkan tanaman segar secara organik boleh melawat ladang tersebut. Walupun ladang ini tidak menjual produk keluarannya, pelawat dapat menikmati hidangan lazat yang disediakan dengan menggunakan sayur-sayur yang dipetik segar dari ladang tersebut.
Penginapan yang Ada
Resort yang terletak di Bukit Tinggi ini dibuka oleh Berjaya Resorts, ini bermaksud hotel yang boleh dijumpai di atas bukit ini juga didirikan oleh mereka.
Hotel yang menjadi pilihan utama pelancong yang mencari pengalaman percutian yang lengkap di Bukit Tinggi adalah Hotel Colmar Tropicale. Hotel 4 bintang bertema ala perancis ini bakal menjanjikan keselesaan dan pengalaman menginap yang unik.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Bukit Tinggi
Jom Lihat Review Pengunjung di Bukit Tinggi Pahang
Need to revamp again in term of those entertainment. Good still remain excellent and accommodation also good and well cared. Keep it up. Groupfinance Teoh.
This is a must visit place when yu are around KL. Beautiful land scapes and elegently set up French themed resorts with ponds, golf course, horse trails, japaneese village, a four faced budda temple and rabbit park for kids. All in all good place for weekend gettaway and for one night stay. Its got great food all around. Sruthi K.
Beautiful place! Had a great experience with my family and friends. Eventhough the entry is quite pricey but its worth every penny. mirzarahwanije.
Good place. Suitable for photosession. There’s a good bread shop too. Cheap price but delicious,want to go back there again. monique cha.
Very good place for a day trip. Family friendly, 45 mins drive from KL. Jose Mehrab.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.maisinggah.com dan www.percutianbajet.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu admin.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Bukit Tinggi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Bukit Tinggi.