

Assalamualaikum. Ramai yang suka akan sejarah kekuatan Melayu. Ia memang terdapat di dalam buku sejarah sewaktu sekolah menengah, tetapi rasa ingin tahu yang kuat ingin melihat sejarah dengan mata sendiri. Mungkin terdapat kesalahan dalam buku teks di sekolah menengah dan mungkin juga ada sejarah yang tidak diceritakan oleh buku teks tersebut. Teori tidak sama dengan praktikal. Sebagai contoh, buku teks sejarah menceritakan bahawa pahlawan-pahlwan melayu menentang penjajah dengan hanya menggunakan keris dan tombak, tetapi tahukan anda mengapa terdapat banyak teknologi meriam yang dihasilkan sezaman dengan peperangan tersebut, adakah ia hanya hiasan?
Perkara tersebut perlu dikaji dan dicari kebenarannya. Ramai ahli sejarawan yang keluar mencari sendiri bukti tentang sejarah yang sebenar dan tidak merujuk kepada buku teks yang hanya menceritakan teori yang kurang detail. Admin ingin membuka hati anda semua untuk pergi ke tempat-tempat sejarah dan kaji dengan teliti sendiri tetang sejarah tersebut. Admin jamin, anda akan berpuas hati.
Bukit Puteri adalah salah satu tempat yang anda semua patut pergi untuk mencari tentang sejarah Terengganu. Ia adalah tempat sejarah yang telah dimodenkan tanpa sentuh tapak sejarah itu. Suatu ketika dahulu, bukit ini telah dijadikan kubu pertahanan kerana dari sinilah pejuang dapat melihat pihak lawan yang datang dari arah bertentangan dengan jelas. Anda dapat melihat beberapa peninggalan seperti Meriam, rumah genta dan loceng antik. Ia adalah tempat menarik di Terengganu.
Tambahan pula, bagi yang tidak larat untuk mendaki, di sini terdapat ekskulator yang akan membawa anda sampai ke puncak. Maka dengan itu, tiada lagi sebab bagi pencinta sejarah untuk tidak pergi ke Bukit Puteri. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
HEBAT! BUKIT PUTERI ADALAH TEMPAT SEJARAH YANG MEMPUNYAI PELBAGAI KEMUDAHANÂ
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.Â
- Waktu Operasi :Â Setiap hari kecuali Khamis (9 AM – 8 PM)
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Bukit Puteri
Aktiviti Sesuai
Di sini, anda dapat melihat peninggalan sejarah sendiri depan mata anda. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memudahkan perjalanan anda di Bukit Puteri.
Penginapan yang Ada
Berikut adalah penginapan yang berdekatan Bukit Puteri:
- Hotel YT Midtown
- Grand Puteri Hotel
- Hotel Mini Indah
- K.T. Travellers Inn
- Seri Malaysia Hotel Kuala Terengganu
Jom Saksikan Keindahan Panorama Bukit Puteri
Jom Lihat Review Pengunjung di Bukit Puteri
Very nice view of the city. Visited the place in early february, no tourists. Timo Traveller
Wonderful place and great View Point of the River front . Every Saturday They have Cultural show in full Costumes. Very entertaining. Nice if it had a cafe on top, tumbs up from me. MRC Unggul
Can see a nice view of Kuala Terengganu river mouth and the nearby palace from a top. Mohd Nor Muhammad
I loved it. Ghazi Ghaz
Pejabat insolvensi Aras 5 wisma perkeso jalan air jernih terengganu. Zaidi Ali
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, ternyata Bukit Puteri merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Bukit Puteri, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Bukit Puteri.