Bukit Larut Tempat Pelancongan di Perak

Bukit Larut Tempat Menarik di Perak

Assalamualaikum. Ramai pelancong yang datang ke Taiping akan memilih untuk mendaki Bukit Larut. Ianya bukan satu kawasan pelancongan yang asing kepada para pengunjung. Pemandangan yang indah pasti akan dapat dilihat di sini. Ianya telah menjadi tempat menarik di Perak. 

Terletak pada ketinggian 1,250 meter dari paras laut, ia merupakan satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja dari dalam negara, tetapi juga luar negara. Ia merupakan satu kawasan lembap di Malaysia kerana mempunyai taburan hujan yang tertinggi setiap tahun.

Beberapa pemandangan menarik dapat dilihat sepanjang perjalanan menaiki bukit termasuk air terjun. Keindahan semulajadi yang ada di sini sudah memberi kepuasan kepada anda. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan ketika melihat keindahan panorama dari menara tinjau di atas Bukit Larut.

Anda tidak harus melepaskan peluang untuk menghirup udara segar yang masih belum tercemar di Bukit Larut atau dikenali juga dengan nama Maxwell Hill yang terletak kira-kira tiga hingga lima kilometer dari bandar Taiping. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! KEINDAHAN PANORAMA BUKIT LARUT MEMUKAU

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 34000 Taiping, Perak
  • Nombor Telefon : 05-807 7241 
  • Waktu Operasi : 7:00 a.m – 5:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Bukit Larut

Keindahan Flora dan Fauna

Kawasan yang cukup indah, semula jadi dan berbukit-bukau menjadikan Bukit Larut sebagai penempatan kepada pelbagai spesis flora dan fauna. Antara aktiviti yang sangat popular yang dijalankan di kawasan tersebut adalah melihat burung terutamanya sepanjang jejak Gunung Hijau ke arah puncak Bukit Larut.

Setiap perjalanan untuk sampai ke puncak mengambil masa kira-kira 30 hingga 35 minit yang menjanjikan pemandangan panorama bandar Taiping dan garis pantai.

Menaiki Kenderaan Landrover

Namun, pengunjung tidak perlu bimbang kerana sebanyak tiga buah perkhidmatan kenderaan pacuan empat roda (landrover) turut disediakan yang mana ia mampu membawa sehingga lapan orang penumpang bagi setiap perjalanan.

Perjalanan menaiki landrover berkenaan cukup mendebarkan dan paling menyeronokkan adalah ia menjanjikan satu pengembaraan yang menarik. Bayaran yang dikenakan untuk menaiki landrover juga amat berpatutan dimana untuk dewasa RM10 manakala kanak-kanak pula RM5.

Setibanya dipuncak, pengunjung akan diberi masa selama satu jam 30 minit untuk menikmati keindahan puncak Bukit Larut. Meskipun Bukit Larut dianggap stesen bukit yang paling kecil di Malaysia, namun ia masih mengekalkan persekitaran alam semula jadi dan menawarkan percutian yang tenang dan mendamaikan.

Penginapan yang Ada

Terdapat dua banglo untuk dijadikan tepat penginapan iaiaitu banglow Angkasa dan Banglow Beringin. Harga yang ditawarkan kepada pengunjung untuk bermalam di sana bagi Banglo Angkasa adalah RM600 untuk satu malam. Manakala bagi Banglo Beringin

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Bukit Larut

Jom Lihat Review Pengunjung di Bukit Larut

Bukit larut, Maxwell hill is one of the best place in Taiping. Atmosphere is very cool and lovely. Just enjoy the peace of nature here. arundhati karanji.

1036m above the sea level, the view is so fantastic and the surrounding areas that have a look like English concept. exploring with Helmi.

Can see the whole taiping city from the hilltop. Nice and chill environment but not much activity can be done up here. Recommended to take jeep up to the hilltop. Deniece Ng.

I like it because when you reached at the top, the toilet is clean and the view is magnificient. Go hiking there use the tar road trek. Nice experience. Not reccommended using jeep because u cannot enjoy the journey of hiking up. Its just my preferences. Leina Farhana.

A good view from the top and it’s can see the whole Taiping, if the weather is sunny, you can see the sea. It’s quite here and enjoy breathing the fresh air. Jun Yu Siow.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada peraktoday.com.my kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan membantu admin. Jangan lupa singgah ke Bukit Larut apabila datang bercuti ke Perak. pasti anda tidak akan menyesal.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Bukit Larut , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Bukit Larut.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articlePasar Teresang Tempat Tumpuan Pelancong di Kapit, Sarawak
Next articlePusat Kraftangan Mariwasa Tempat Menarik di Kuala Kangsar Perak
bukit-larut-tempat-pelancongan-di-perakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!