

Bukit ini terletak di Banjaran Titiwangsa Pahang dan suhu disini sangat sejuk iaitu mencecah 17 darjah celcius. Sangat sesuai tempat ini dijadikan tempat untuk berbulan madu bersama pasangan anda. Pasti bulan madu anda menjadi satu kenangan yang sangat indah.
Memandangkan bukit ini diambil nama sempena nama pengembara British iaitu Louis James Fraser maka kebanyakan bangunan disini dipengaruhi oleh kolonial era british. Bukit ini juga dikenali sebagai ” The Little England Of Malaysia”. Suasana dan pemandangan disini memang sangat cantik dan unik. Anda pasti akan berpuas hati menghabiskan masa percutian disini.
Bukit ini juga menampilkan pelbagai tarikan popular dan aktiviti menarik yang bakal menghibur anda sekeluarga. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengalami sendiri pengalaman indah di Bukit Fraser yang pasti mengujakan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
AWESOME! BUKIT FRASER TEMPAT PERCUTIAN PERSIS LUAR NEGARA DI PAHANG
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Pahang, Malaysia.
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Bukit Fraser
Aktiviti Menarik di Bukit Fraser
- Aktiviti menunggang kuda – Jika anda meminati sukan berkuda dan tidak mempunyai pengalaman menunggan kuda, disini anda boleh mencuba membuat aktivtiti ini. Harga yang dikenakan untuk dewasa hanya RM 5.00 manakala kanak-kanak RM 4.00. Anda akan menunggung kuda mengelilingi bulatan sepanjang 100 meter dan sentiasa di awasi oleh pekerja yang berpengalaman.
- Aktiviti Memanah – Anda juga boleh mencuba memanah disini. Harga RM 10.00 untuk 10 anak panah.
- Allien’s Water – Tarikan yang sudah lama membuka pintunya untuk pelancong yang datang ke Bukit Fraser adalah Allen’s Water. Di sini terdapat sebuah kolam kecil yang ditukar menjadi taman rekreasi. Anda berpeluang menyewa bot berkayuh bersama orang kesayangan sambil menikmati suasana kolam yang indah. Menghiasai kolam tersebut adalah pokok-pokok hijau yang menambah kepada keamanan semulajadi kawasan tersebut.
- Bird Interpretive Centre – Jika anda datang bercuti ke sini bersama keluarga, pastikan anda sertakan Bird Interpretive Centre Bukit Fraser di dalam agenda aktiviti harian anda disana nanti. Pusat Burung ini merupakan sebuah tarikan mesra kanak-kanak dimana anda sekeluarga boleh mengenali spesis-spesis burung bermigrasi tempatan. Disini terdapat sebanyak 250 spesis burung yang dipamerkan antaranya burung Enggang, Merpati, Helang dan pelbagai spesis endemik yang lain.
- Twin Peak Pine Tree Hill – Jika anda seorang yang memburu aktiviti luaran yang lasak dan mencabar, Puncak Kembar Pine Tree Hill menanti ketibaan anda. Pine Tree Hill Bukit Fraser ini merupakan destinasi popular penggemar aktiviti hiking tempatan dan ia mempunyai ketinggian kira-kira 1500 meter. Antara sebab Twin Peak ini sungguh popular adalah kerana anda boleh mendaki ke puncak dan turun semula dalam hari yang sama, menjadikannya amat sesuai untuk mereka yang merancang hiking daytrip ke Bukit Fraser.
- Kompleks Sukan – Berkongsi bangunan dengan pusat burung, Kompleks Sukan Fraser Hill adalah sebuah pusat kecergasan yang menampilkan pelbagai aktiviti sukan seperti skuasy, ping-pong dan snooker. Tambahan pula anda juga dapat menggunakan kemudahan seperti gym dan sauana. Terletak dihadapan pusat sukan ini pula adalah sebuah taman bunga kecil yang merupakan antara tempat paling popular untuk bergambar di Fraser Hill.
- Kelab Golf Diraja – Nak tahu bagaimana rasanya bermain golf 1524 meter dari aras laut? Ketahui jawapannya di Royal Fraser’s Hill Golf Club. Antara padang golf terawal dibuka di negara kita, Kelab Golf Diraja ini menampilkan 9 lubang dan walaupun saiznya yang kecil berbanding padang golf lain, ia tetap menawarkan cabaran mantap kepada sesiapa sahaja yang sudi menyahut cabaranya. Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan buggy tidak disediakan di padang ini dan anda perlu berjalan untuk melawat setiap lubang.
- Air Terjun Jeriau – Mahu bermain air bersama anak-anak anda di sebuah air terjun terkenal? Singgah sebentar dan basahkan kaki anda di Air Terjun Jeriau. Seperti mana yang dapat dilihat air yang jatuh daripada atas ini ditahan oleh empangan simen kecil yang membentuk sebuah kolam renang cetek dimana anda boleh berendam sambil menikmati air sejuk yang datang dari sumber semulajadi ini.
- Taman Flora – Taman Flora Bukit Fraser ini merupakan rahsia indah dan tidak ramai tahu tetang kuwujudannya. Walaupun ia membawa gelaran taman flora, selain daripada melihat pelbagai jenis bunga yang menarik, pelawat juga berpeluang melihat tumbuhan lain seperti pokok strawberi dan sayur-sayuran tempatan. Di samping itu, anda juga dapat membeli tumbuhan segar hasil tanaman kebun tersebut jika berminat.
- Taman Reakrasi – Tarikan percuma seterusnya adalah Taman Rekreasi , sebuah taman awam yang bertempat di Pine Tree Road. Taman yang disusun kemas ini diahiasi pelbagai jenis bunga yang menawan.
- Hemmant Trail Fraser Hill – Tarikan seterusnya bakal menarik minat kaki hiking. Berbanding dengan Twin Peak, Hemmant Trail Fraser ini mudah kerana ia tidak curam dan hanya sejauh 1 kilometer sahaja. Hemmant Trail Fraser ini boleh dijumpai bertentangan dengan Abu Suradi Trail. Tarikan ini mendapat namanya dari jurutera yang bertanggung jawab membina Fraser Hill Golf Course Frank Hemmant.
- Restoran Strawberi Mimi – Anda dapat menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang lazat antaranya Tom Yam, Sup Tulang, goreng-goreng, banjo dan bermacam lagi. Di samping itu, restoran ini juga terkenal dengan minuman Ice Blended dan Milk Shake Strawberi yang lazat.
- Menara Jam – Jam yang terpacak ditengah-tengah pekan Fraser Hill ini seolah-olah menyambut ketibaan anda. Sama seperti mana setiap gunung mempunyai puncaknya, bergembiralah apabila anda dapat melihat menara jam ini kerana ia bermaksud anda sudahpun tiba ke destinasi. Ini salah satu tempat wajib bergambar semasa berada di Bukit Fraser nanti.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Bukit Fraser
Fraser’s Hill / Bukit Fraser Tour
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.caridestinasi.com, www.percutianbajet.com dan www.maisinggah.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Bukit Fraser, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Bukit Fraser.