"Port Rahsia" Instafamous dan Pelancong Seluruh Negeri

Terengganu Selangor Sarawak Sabah Putrajaya Pulau Pinang Perlis Perak Negeri Sembilan Melaka Kuala Lumpur Kelantan Kedah Pahang Johor

Buffalo Park di Langkawi Tempat Menarik untuk Dilawati

1386

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Buffalo-ParkAssalamualaikum. Buffalo Park merupakan sebuah tempat menarik di Pulau Langkawi
yang harus anda lawati. Buffalo Park yang terletak di Kampung Nyior Chabang mengambil masa kira-kira 20 minit dari pekan Kuah. Terletak di antara Gunung Mat Cincang dan Gunung Raya menyerlahkan lagi pemandangan indah dikawasan sekitar terutama di waktu pagi.

Disini anda boleh merasai sendiri produk daripada kerbau. Anda boleh mencuba yogurt diperbuat dari susu kerbau, ada juga mozzarella cheese yang mungkin boleh dijadikan buah tangan. Disini juga ada menjual makanan berasaskan produk dari kerbau seperti French Loaf with Mozzarella Cheese, Mozzarella cheese with tomato, Buffalo steak dan Osobuko.

Anda berpeluang merasai sendiri proses pemerahan susu secara manual sekiranya anda datang pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi. Pengunjung turut dapat merasai aktiviti lain yang disediakan seperti Buffalo riding, bergambar dengan kerbau (prop khas disediakan), farm tour, melihat proses pempasteruran susu dan perbuatan mozzarella cheese. Jadi tidak perlu pergi jauh hanya disini dapat melihat pembuatan keju.

Datanglah di Buffalo Park sekiranya mahu makan makanan berasaskan kerbau. Pengalaman di sini mungkin tiada ditempat lain. Mungkin hanya kerbau tetapi ada sesuatu yang perlu anda terokai disini yang pasti membuatkan anda berasa tidak menyesal. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca.

JOM LIHAT KERBAU DI BUFFALO PARK LANGKAWI YANG SANGAT MENARIK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 11-1997 5113
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 5:00 p.m (Jumaat tutup)
  • Facebook : Buffalo Park 
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Buffalo Park Langkawi

Aktiviti Menarik

  • Melihat proses pemerahan susu kerbau
  • Buffalo riding
  • bergambar dengan kerbau (prop khas disediakan)
  • farm tour
  • melihat proses pempasteruran susu dan perbuatan mozzarella cheese.

Harga Tiket

Warganegara

Macam mana, menarik bukan?

  • Dewasa: RM 3:00
  • Kanak-kanak : RM 1:00

Bukan Warganegara

  • Dewasa: RM 5:00
  • Kanak-kanak : RM3:00

Menu Berasaskan Kerbau yang Boleh Didapati

Disini anda boleh merasai sendiri makanan berasaskan kernau yang segar daripada ladang.

  • Yougurt
  • Ais Krim
  • French Loaf with Mozzarella Cheese
  • Mozzarella cheese with tomato
  • Buffalo steak dan Osobuko

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Buffalo Park Langkawi

      

Info Apa Yang Anda Perlukan?

Jom Lihat Review Pengunjung di Buffalo Park Langkawi

Some activities if you are around at the right time. Cafe serves buffalo produce. I come here for the fresh mozzarella & ricotta. I have a brick oven at home to make pizza, so fresh mozzarella is my primary purpose. Lush green surrounding, relaxing place to hang out. Wei Jen Thor.

Definitely worth a visit. So good conditions for the animals. Signe Vad.

Yummy buffalo products, ice cream and local experience. A great way to experience Langkawi in a non touristy local style. Wendy Chin.

Remember to try the buffalo milk, it is very rich and tasty. David Choo.

Interesting experience, all the staff are friendly. Muhammad Khidir.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada menarikdi.com dan jomjalan.com kerana telah memberi maklumat dan gambar kepada kami. Maklumat yang diperolehi ini dapat membantu admin dalam membuat ulasan mengenai tempat ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Buffalo Park Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Buffalo Park Langkawi.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleTerokai Sejarah Pulau Langkawi di Taman Lagenda
Next articleMenunggang Kuda di Island Horses Langkawi