Berkelah di Air Terjun Chamang, Bentong

air-terjun-chamang-bentong-pahangAssalamualaikum. Kali ini admin ingin kongsikan satu  tempat menarik di Bentong, Pahang  . Tempat ini sesuai bagi mereka yang ingin berehat bersama keluarga atau rakan-rakan pada hujung minggu. Air Terjun Chamang merupakan satu tempat yang sangat cantik dengan keindahan air terjun serta flora dan fauna. Admin akan kupaskan serba sedikit mengenai air terjun ini yang akan membuat anda teruja.

Air Terjun Chamang ini terletak di daerah Bentong, Pahang lebih kurang 80 KM dari pusat bandar Kuala Lumpur. Cara senang untuk ke Air Terjun Chamang ni boleh ikut sahaja Lebuhraya Karak dari Kuala Lumpur. Keluar ikut susur keluar Bentong. Bila sampai di pekan Bentong, akan ada papan tanda penunjuk arah untuk ke Air Terjun Chamang.

Sebelum datang ke air terjun ini, pengunjung perlu membawa makanan daripada rumah sekiranya mahu berkelah di sini. Suasana nyaman di sini akan menambahkan lagi selera anda untuk makan tambahan pula sekiranya bersama-sama keluarga. Peralatan seperti tikar perlu dibawa bagi memberi keselesaan kepada anda untuk hidangkan makanan. Ada juga pengunjung yang membawa khemah untuk beristerihat di sini.

Selepas makan, anda pasti mahu segarkan badan dengan mandi manda di air terjun ini. Mandi adalah aktiviti wajib jika datang ke sini. Namun, ibu bapa perlu sentiasa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Jadi, datanglah berkelah di Air Terjun Chamang untuk rehatkan minda dan mengeratkan silaturahim bersama keluarga. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini bagi memudahkan pembaca untuk datang ke sini.

SEGARKAN DIRI DI AIR TERJUN CHAMANG BENTONG, PAHANG

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 28700 Bentong, Pahang, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 17-366 6223
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Air Terjun Chamang

Kemudahan Yang Disediakan

  1. Toilet
  2. Pondok Rehat & pondok perkelahan
  3. Gerai menjual makanan & minuman
  4. Surau
  5. Chalet

Aktiviti Sesuai

Aktiviti yang sesuai dilakukan disini ialah:

  1. Mandi Manda
  2. Berkelah
  3. Berkhemah
  4. BBQ

Harga dan Kos Terlibat

Tiket Masuk : RM 2.00

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Air Terjun Chamang

Jom Lihat Review Pengunjung di Air Terjun Chamang

Beautiful place to go. Iam really recommend this place for picnic. However, be careful of the water flow. Mohd Syukri Abdullah.

One of the gorgeous waterfall i’ve ever seen. The place can be pretty dangerous as the water pace is a bit strong. Please be careful as it can be a bit slippery too. Overall, a great place to relax and escape from Kuala lumpur. Miss Fadillah.

Driving here is a slight challenge but the waterfall is great. Nature at it’s best. Brian Bijoy.

One of the nicer places to go near Kuala Lumpur, clean water, easily accessible and beautiful. Jefri Osman.

The waterfall is picturesque but can be a hazard. Please keep the area clean. Vig Saminathan.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, rehatkan minda dan diri anda di Air Terjun Chamang bersama keluarga atau rakan-rakan. Anda pasti teruja dengan keindahan air terjun ini. Terima kasih kepada hafizhafizol.my kerana memberi maklumat mengenai air terjun ini. Perkongsian daripada laman web ini membantu admin untuk berkongsi maklumat kepada pembaca.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Air Terjun Chamang , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Air Terjun Chamang.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleMelaka Wonderland Theme Park and Resort Tempat Wajib Dikunjungi di Melaka
Next articleMee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja Tempat Makan Menarik di Perak
berkelah-di-air-terjun-chamang-bentongSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!