Berjaya Times Square Syurga Membeli Belah di Kuala Lumpur

Berjaya Times Square

Assalamualaikum. Berjaya Times Square Kuala Lumpur merupakan bangunan yang kelima terbesar di dunia, dan sebuah pusat membeli belah yang mengumpul lebih 1,000 kedai di bawah satu bangunan. Pusat Membeli Belah ini merupakan salah satu tempat tumpuan dan merupakan tempat menarik di Kuala Lumpur. 

Terletak di sisi Jalan Imbi, kompleks dengan menara berkembar 48 tingkat ini telah dibuka  pada tahun 2003. Para pengunjung yang tidak mahu meredah kesesakan lalu lintas boleh terus menaiki tren RapidKL yang berhenti di stesen Jalan Imbi. Stesen ini berada sberang jalan pusat membeli belah ini tetapi jangan bimbang kerana anda boleh melalui jejantas berbumbung yang memudahkan perjalanan anda ke Berjaya Times Square.

Pelbagai kedai-kedai popular berada di dalam pusat membeli belah ini. Anda pasti akan berpuas hati kerana semua kedai barang keperluan dan butik-butik mewah berada di dalam pusat membeli belah ini. Antaranya ialah Uniqlo, Giordano, Espirit, Carlo Rini, Hush Puppies, Body Glove, F.O.S dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga pelbagai tempat makan yang pasti akan membuka selera anda seperti Kenny Rogers, KFC, MCD, Sushi King, Teppanyaki dan pelbagai lagi.

Disini juga terdapat taman tema indoor yang pasti menyeronokkan. Selain itu, pusat bowling dan wayang juga terdapat di dalam pusat membeli belah ini. Bawalah keluarga ke Berjaya Times Square bagi menceriakan hari anda dan keluarga. Jadikan pusat membeli belah ini sebagai tempat anda mencuci mata, membeli barang-barang keperluan dan bersantai. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga Bermanfaat.

WOW! CERIAKAN HARI ANDA DI BERJAYA TIMES SQUARE KUALA LUMPUR

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 1, Jalan Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +603 2117 3111 
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m – 10:00 p.m
  • Website : berjayatimessquarekl.com
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Berjaya Times Square Kuala Lumpur

Syurga Membeli Belah

Salah satu pusat membeli-belah terbesar di dalam Bukit Bintang  dan paling mudah ditemui di pusat bandar. Terletak di sepanjang Jalan Imbi, kompleks menara berkembar 48 tingkat pertama kali dibuka pada tahun 2003 dan setiap 203 m menara menawarkan pelbagai kedai, tempat makan dan kedai-kedai hiburan.

Disini merupakan syurga membeli belah kerana terdapat 1000 kedai. Daripada yang yang biasa sehingga yang berjenama. Anda boleh mencuci mata dan membeli disini kerana semua kedai dan butik popular berada di dalam pusat membeli belah ini.

Taman Tema Indoor Terbesar Di Malaysia

Pusat membeli-belah ini menempatkan taman tema dalaman terbesar di Malaysia. Taman Tema ini mempunyai taman seluas 133,000 kaki persegi dan juga merupakan taman tertutup terbesar di Asia. Dalam taman tema ini mempunyai 14 permainan yang direka khas termasuk roller coaster yang menggembirakan.

Dalam taman tema ini dibahagikan kepada beberapa zon permainan yang bertema. Stesen Galaxy mempunyai enam permainan iaitu Supersonic Odyssey, Mixer DNA, Dizzy Izzy, Ekspres Ooort, Orbit Spinning dan Space Attack. Selain itu, Fantasy Garden pula merupakan taman yang berwarna-warni dan mempunyai lapan permainan yang kebih santai iaitu Trail Fantasi, Botanic Drive, Buddy-Go-Round, Fly Bumble Bee, Bus Crazy, Swing Molly-Cool, Honey Bump dan Robo Crash.

Santai Menonton Wayang di GSC

GSC mempunyai 9 dewan pawagam di tingkat 1 dan 3 dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 1570 orang. Ia adalah IMAX pertama teater negara yang memuatkan skrin 2D dan 3D.

Beriadah di Superbowl Ampang

Mempunyai 48 lorong, Superbowl Ampang adalah pusat boling terbesar di Kuala Lumpur dan negara ini.

Pusat IT

Tiga tingkat disini telah dijadikan syurga IT dengan lebih 100 kedai menjual alat komputer, permainan, telefon bimbit dan aksesori.

Penginapan Mewah

Di atas pusat membeli-belah ini terdapat Berjaya Hotel, sebuah hotel 4 bintang dengan lebih 650 bilik, taman atas bumbung dan gelanggang skuasy.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Berjaya Times Square

Jom Lihat Review Pengunjung di Berjaya Times Square Kuala Lumpur

As good a tourist place as a shopping mall. Leaves one dumbfounded by its grandeur and its architecture. Special mention about the indoor theme park. One can easily spend a whole day here. Prices in the shops are attractive too. Vrushni Muthukumar.

Such an awesome mall. Perfect place for people of any age. Rides are amazing , great fun. All the shopping brands available under one roof. Vishal Jindal.

It’s a great place for shopping. Several stores of probably all types from big brands to inexpensive shops. You can buy food, clothes, shoes, accessories, phones, grocery, liquor, etc. There’s an inside theme park with a huge roller coaster. Lots of places to eat. You can haggle at many stores on higher floors. There’s also a cinema inside and they have shows as late as 12am. The late night entry for the cinemas is a little crazy though. You either have to take the physical stairs or take an external elevator to the sixth floor and wall inside the mall to take another elevator which will take you down to the third floor where the cinemas ticketing counter is. Arpit Sharma.

A go to place from your shopping needs, especially for those on a budget. Skip the first few floors as there are better deals on the 3-5 floors. The indoor theme park there is an awesome place for the thrill seekers, while their shopping kakis spend time in the mall. Danial Durrani.

Loved the stay! Terrific location to shop , party , fine dine and street food. We have some good beauty salons! Centrally located. Overall fabulous! Elizabeth William.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.kuala-lumpur.ws, www.penang-traveltips.com dan www.jomjalan.com.my kerana memberi maklumat dan gambar menarik mengenai Berjaya Times Square. Maklumat yang diberikan sangat berguna.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Berjaya Times Square, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Berjaya Times Square.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleZoo Negara Tumpuan Pelancong Ke Kuala Lumpur
Next articleMid Valley Megamall Pusat Membeli Belah Terbaik di Kuala Lumpur
berjaya-times-square-syurga-membeli-belah-di-kuala-lumpurSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!