

Beras Terbakar merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Tempat ini terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Mat sirat. Kawasan ini kini terletak di dalam kawasan tanah milik perseorangan.
Kawasan beras terbakar telah dipagar sebagai tanda letaknya tapak beras terbakar. Untuk ke kawasan beras terbakar, anda perlu melalui kawasan bazar yang terdapatnya kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan seperti kain batik, produk berasaskan gamat dan cenderamata. Di penghujung laluan, akan kelihatan pintu masuk ke sebuah rumah Melayu tradisional. Sebaik melepasi pintu masuk, di sebelah kiri anda akan terletaknya tapak beras terbakar.
Jangan lupa untuk singgah ke beras terbakar ini sebagai salah satu destinasi anda apabila sampai ke Pulau langkawi . Jangan biarkan sejarah dilupakan dan luput ditelan zaman. Sejarah-sejarah seperti ini perlu didedahkan kepada golongan muda supaya mereka tahu perjuangan orang terdahulu. Admin masukkan tempat ini ke dalam Peta Tempat Menarik bagi panduan pembaca.
BERAS TERBAKAR TINGGALAN SEJARAH DI PULAU LANGKAWI
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Kampung Raja, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
- Nombor Telefon : +60 13-492 4807
- Waktu Operasi : 10:00 a.m – 5:30 p.m
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Beras Terbakar Langkawi
Aktiviti Sesuai
Di Beras Terbakar pengunjung dapat melihat sendiri kewujudan beras terbakar. Pengunjung dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi sejarah beras terbakar. Selain itu, terdapat kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan seperti kain batik, produk berasaskan gamat dan cenderamata. Selepas melihat beras terbakar anda boleh membeli belah di deretan kedai ini.
Abadikan kenangan bersama rakan-rakan dan keluarga dengan mengambil gambar atau video di tempat bersejarah beras terbakar.
Harga Tiket
Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke beras terbakar. Pengjung boleh memberi sumbangan seikhlas hati ke dalam tabung yang disediakan.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Beras Terbakar Pulau Langkawi
Jom Lihat Review Pengunjung di Beras Terbakar Langkawi
Best place to visit. Mohd.Nazri Chin.
Nice place for shopping survenior. Ina Syapri.
One of the Tourist attractions in Langkawi. Tan Wee.
Tempat menarik. Aiman Jais.
Bersih & cantik. Jeff Zhaf.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, dapat juga admin membuat sedikit ulasan mengenai tempat bersejarah beras terbakar. Terima kasih kepada awesomecrew2013.blogspot dan percutianbudget.com kerana telah berkongsi maklumat mengenai tempat ini. Terima kasih juga diucapkan kepada lilylicha.blogspot kerana berkongsi gambar yang berguna dan dapat admin kongsikan kepada semua pembaca.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Beras Terbakar Langkawi , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Beras Terbakar Langkawi.