Bangi Wonderland Tempat Menarik Di Selangor

1297

Bangi Wonderland Tempat Menarik Di Selangor

Assalamualaikum. Selangor adalah negeri paling kaya di Malaysia dan kebanyakan rakyatnya memepunyai taraf hidup yang tinggi. Selangor juga mempunyai dua aset negara yang menjadi kebanggaan Malaysia iaitu KLCC dan menara Kuala Lumpur. Selangor mencatatkan kedatangan pelancong yang meningkat setiap tahun. Selangor juga negeri yang mempunyai ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan seluruh dunia. Di dalam pembangunan yang pesat di selangor, tidak terkecuali lahirnya tempat yang menarik dengan teknologi yang canggih iaitu Bangi Wonderland. Bangi Wonderland adalah salah satu tempat menarik di Selangor.

Bangi Wonderland ialah sebuah taman hiburan terbaru di Malaysia dengan motonya “FOTRESS OF WET AND FUN”. Taman tema yang besar ini sebenarnya berkeluasan lebih daripada 12 ekar dan ia terletak di Bangi Avenue, Bangi Selangor Darul Ehsan. Dengan segala kemudahan serta permainan air yang telah disediakan, ianya dijangka mampu menarik lebih dari 500,000 pengunjung setahun, terutamanya dari sekitar kawasan selatan Lembah Klang, Putrajaya dan juga Negeri Sembilan.

Bangi Wonderland adalah taman tema yang besar dan anda semua digalakkan membawa teman atau keluarga untuk pergi bersama di tempat ini kerana taman tema ini berkonsepkan kekeluargaan. Banyak aktiviti yang dapat lakukan bersama. Admin jamin anda semua akan puas hati pergi ke tempat ini. Taman tema ini tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja. Ia mempunyai banyak permainan untuk orang dewasa. Dengan keluasan melebihi 12 ekar, pasti anda akan disaji dengan permainan yang lasak dan mencabar.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bangi Wonderland mengambil masa hanya 30 minit sahaja jika melalui Seri Kembangan. Selain itu, lokasi taman tema ini juga dapat dicari dengan menggunakan google map dan waze. Terdapat juga papan tanda ke Bangi Wondrland ketika di Kuala Lumpur. Admin akan berkongsi Peta Tempat Menarik ini.

COOL BANGI WONDERLAND ADALAH TAMAN TEMA BERTARAF ANTARABANGSA 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : No 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor.
  • Nombor Telefon : 03-8912 8333
  • Waktu Operasi : Hari Minggu buka dari 11 AM – 6 PM. Hujung Minggu buka dari 10 AM – 6 PM
  • Website : Tekan sini
  • Facebook : Bangi Wonderland
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Bangi Wonderland

Aktiviti Sesuai

  • Kids Adventure
  • Magic Funnel
  • Anaconda Trail
  • The Fall
  • Green Pearl
  • Wonder Loop
  • Spiralax
  • Body Slide
  • Pirates Bay
  • Water Cannon
  • Boomeriang
  • Surf Rider
  • Insane Racer
  • Typhoon River
  • Meander River
  • Pirates Spa

Harga dan Kos Terlibat

  • My Card – RM58.00
  • My Kid dengan ketinggian 90 cm keatas – RM48.00
  • My Kid dengan ketinggian 90cm kebawah – FREE

Promosi Istimewa yang di Berikan

Taman tema ini akan membuat promoso di setiap perayaan besar seperti Hari Raya Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Bangi Wonderland

Bangi Wonderland

Bangi Wonderland

Bangi Wonderland

Bangi Wonderland

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Bangi Wonderland

Best package. Highly recommended. Thanks Bangi Wonderland. Mizi Hukma.

Able to use, got online e-ticket express counter, no need to queue up. Easy & fast. Qilah Sani

Tempat ini amat gempak. Besar dan menarik. Kami bercuti dengan kenangan yang paling beharga setakat ini. Pergilah ke Bangin Wonderland dan rasai sendiri perkara ini. Azmi Farid

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada lilyrianitravelholic.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Bangi Wonderland merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati. 

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Bangi Wonderland, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Bangi Wonderland.

Facebook Comments