Balik Papan Kota Menarik Dilawati di Indonesia

740

balikpapan-indonesia

Assalamualaikum. Balik papan merupakan sebuah kota yang mempunyai hasil minyak yang tinggi di Indonesia. Kota ini merupakan kota yang memiliki pertumbuhan ekonomi yang terbaik. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda kungjungi apabila tiba di kota ini. Balik Papan merupakan salah sebuah tempat menarik di Indonesia yang harus dikungjungi. 

Balik Papan menjadi tempat transit kepada beberapa buah tempat sekitarnya seperti Manado, kota Palu maupun Makassar. Disebabkan hal ini juga ramai yang datang ke Balik Papan. Kota ini sangat bersih kalau dibandingkan dengan kota yang lain di Indonesia. Setiap kereta atau teksi dimestikan sentiasa kelihatan bersih dan tidak berhabuk.

Balik Papan mempunyai keindahan panorama yang pasti akan memukau pandangan anda. Banyak tempat sekitarnya yang boleh dikungjungi dan pastinya sangat menarik. Walaupun kos hidup disini sedikit tinggi kerana tempat pengeluar minyak, namun dengan tempat-tempat menarik yang ada pasti anda akan berpuas hati dan rasa berbaloi dengan wang yang telah dikeluarkan.

Jadi jangan lupa untuk bercuti ke kota Balik Papan Indonesia. Percutian anda akan menjadi lebih bermakna dengan melawati tempat-tempat sekitar kota ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

BALIK PAPAN KOTA MAJU DI KALIMANTAN TIMUR INDONESIA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Balikpapan City, East Kalimantan, Indonesia.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Balik Papan

Tempat Menarik Untuk Dilawati

Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar kota ini, Antaranya ialah :

  1. Caribbean Island Waterpark – Tempat taman tema air yang berada di kawasan kediaman. Terdapat banyak permainan air disini. Tiket masuk ke dalam waterpark ini juga murah.
  2. Taman Monpera – Taman ini meletakkan tugu perjuangan rakyat. Menariknya tugu ini berada di kawasan pantai dan bukannya berada di tengah kota. Di sekitar tempat ini terdapat banyak restoran yang menawarkan makanan laut. Anda juga dapat menikmati keindahan pantai.
  3. Pantai Kemala – Pantai ini masih berada di sekita Taman Monpera. Aktiviti yang dapat dilakukan disini ialah aktiviti air seperti banana boat dan flying fox.
  4. Hutan Bakau Margomulyo – Anda boleh berjalan menikmati keindahan flora dan fauna dengan berjalan di atas jambatan kayu yang panjangnya lebih kurang 800 meter. Anda juga dapat melihat pelbagai jenis burung disini.
  5. Penangkaran Buaya Teritik – Disini anda dapat melihat 3000 ekor buaya yang terdiri daripada buaya muara, buaya supit dan buaya air tawar. Anda berpeluang memberi makan kepada buaya dengan membeli seekor ayam yang disediakan.
  6. Kampung atas air – Rumah-rumah dibina di atas air yang pasti memukau pandangan anda.
  7. Canopy Bridge Bukit Bangkirai – Merupakan tempat yang mempunyai jambatan gantung di atas pokok. Panjang jambatan ini ialah 64  meter.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Balik Papan

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.wisatania.com dan www.infowisatalengkap.com kerana memberi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Balik Papan, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Balik Papan.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleGunung Rinjani Tarikan Pelancong di Indonesia
Next articleDusun Bambu Tempat Menarik Dilawati di Bandung