Salam kasih sayang. Jikalau para pembaca hendak mencari info tentang Balik beraya ke Kedah tahun ni?
Kalau ya, maka kamu semua tengah berada di lokasi yang betul!
Pada kali ini, kami akan membawa kamu semua ke satu info menarik yang memukau ini.
Bermertuakan Oghang Kedah !!!!
1. Sekiranya anda susah nak sebut perkataan dalam loghat utara, gunakan bahasa Inggeris. Insya-Allah, mentua anda faham.
are-yark
are-lock-stark
pung-guy
pe-die
lock-lark
pung-cock
da-pork
ti-dog
2. Apabila mentua anda kata NO, dia maksudkan YES
Contoh, “Selepas Maghrib nanti, kita pi pekan NO.”
3. Sekiranya mentua anda sebut ROTI, dia maksudkan BISKUT
Contoh, “Roti tu nanti hang cicah dengan are-yark kopi. Sedap tengah panas.”
4. Mentua orang Kedah tak sebut “pasar.” Usah buat ghempang dengan kata “pasaiq.” Orang Kedah sebut, “merket.” Sama macam orang New York sebut.
5. Mentua anda tak minum air. Mereka MAKAN air.
Contoh, “Makanlah are-yark kopi tu, sat lagi lekat nasi.”
6. Sekiranya mentua anda kata, “Ambik ni, pi simpan buang,” jangan buang. Pi simpan.
7. Kalau mentua tanya, “Bila hang nak buat lagu tu,” usah mula menyanyi. Malu kat orang kampung nanti.
8. Apabila mak mentua ajak menyorok, usah pergi sembunyi di sebalik pintu. Cepat-cepat pergi dapur.
Kredit:
Norizan Bin Sharif Official
Anda dah Pernah Sampai ke Sini?
Jika anda mempunyai pengalaman manis di sini dan mahu kongsikan kepada kami, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi review dengan pelancong lain. InsyaAllah setiap maklum balas kamu dibalas dengan pahala InsyaAllah