Restoran Yati Ayam Percik Membuka Selera Di Kota Baharu, Kelantan

43

yati ayam percik kota bharu

Assalamualaikum. Ayam Percik Yati merupakan  tempat makan menarik di Kelantan yang wajib dikungjungi. Restoran Yati Ayam Percik telah bertapak di Kota Bharu Kelantan hampir empat dekad yang lalu. Restoran ini telah mengorak langkahnya dengan memperkenalkan menu masakan tradisi Pantai Timur, seperti Nasi Kerabu, Sattar, Daging Bakar, dan pelbagai menu yang enak dan lazat dari Pantai Timur.

Menu berasaskan percik merupakan masakan istimewa di Kelantan. Restoran Yati Ayam Percik ini adalah antara ‘signature’ masakan percik di sini. Ia sering menjadi tumpuan pengunjung dari luar Kelantan mahupun penduduk setempat. Restoran Yati Ayam Percik ini terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu.

Apa yang menyebabkan restoran ini popular adalah kerana ayam serta ikan dibakar menggunakan arang kayu serta sos perciknya memang sangat istimewa dan ‘lemak berkrim’. Anda akan dapat menikmati ayam yang baru siap dibakar secara tradisional dan boleh menjamu selera dikala ayamnya masih panas.

Selain ayam percik, terdapat juga pelbagai masakan lain seperti sup tulang, ayam kampung, burung puyuh, ikan cencaru bakar, daging bakar, gulai kawah, gulai serati dan pelbagai jenis kuih muih. Semua makanan ini pasti akan membuka selera anda apabila sampai ke restoran ini. Jadi, sekiranya sampai di Kelantan wajib untuk mencuba ayam percik di Restoran Yati. Disini admin kongsikan  Peta Tempat Makan Menarik ini.

AYAM PERCIK LEMAK BERKRIM DAN SANGAT SEDAP DI RESTORAN YATI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat :
  • Nombor Telefon :  
  • Waktu Operasi :  12 pm – 11:30 p.m (Jumaat : 3 pm – 11:30 pm)
  • Email : [email protected]
  • Facebook : YATI Ayam Percik
  • Peta Lokasi : 

Apa yang Menarik di Restoran Yati Ayam Percik

Menu Utama

  • Nasi Kerabu Ayam Percik
  • Set Ikan Bakar
  • Nasi Kerabu Daging Bakar
  • Lauk Pauk
  • Pelbagai kuih muih Kelantan

menu yati ayam percik

Harga dan Kos Terlibat

Harga bagi satu pinggan nasi kerabu putih/biru ialah RM2.00. Harga ayam percik satu panggang pula ialah RM10.

Jom  Lihat Menu di Restoran Yati Ayam Percik, Kelantan

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran Yati Ayam Percik

Not bad, mainly it’s famous for Nasi Kerabu with Ayam Percik, but you can choose other dishes as well. Jsuresh Kumaran.

Air cond place is welcome as the place is hot all year, food is unique even for a local people.
Kaze Yap.

They sell good nasi kerabu here. anizan sulaiman.

A must if you need to eat in Kota Bharu. Muhammad Sulaiman.

Kuah ayam percik sedap. Amir Hamzah.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, berkungjunglah ke Restoran ini jika mahu rasa kelazatan ayam percik bersama nasi kerabu. Anda pasti akan berpuas hati dengan hidangan di restoran ini. Terima kasih kepada cutikelantan.com kerana memaparkan maklumat mengenai restoran ini. Banyak maklumat telah diperolehi melalui laman web ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Yati Ayam Percik , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Yati Ayam Percik.

Facebook Comments