

Assalamualaikum. Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi yang popular di Malaysia. Selain tempat makannya yang cukup sedap dan popular, terdapat juga tempat menarik yang dapat memukau sesiapa sahaja yang datang ke negeri ini. Salah satunya adalah Penang Avatar Secret Garden yang terletak di Tanjung Tokong Tua Pek Kong Temple.
Avatar Secret Garden taman yang dihiasi lampu-lampu yang berwarna- warni seakan akan di dalam filem avatar. Taman ini merupakan salah satu tempat yang telah di ubahsuai menjadi taman mini yang di penuhi dengan pokok-pokok yang dihiasi oleh lampu-pampu LED. Lampu-lampu ini akan bertukar warna. Hal ini akan mewujudkan pemandangan yang sangat cantik dan indah.
Mungkin ramai yang masih lagi tidak tahu akan kewujudan tempat ini. Namun Penang Avatar Secret Garden mempunyai daya tarikah sendiri. Jadi jika ke Penang jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengembaraan di dunia Avatar. Malahan tiada caj dikenakan untuk masuk ke taman ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini sementara tiket masuk masih percuma.
Admin nasihatkan jangan datang ke taman ini pada waktu siang kerana kecantikan taman ini hanya akan teserla bila ada cahaya lampu yang berwarna warni. Datanglah bersantai pada waktu malam bagi merasa sendiri suasana avatar yang tiada di tempat lain. Admin telah masukkan tempat ini ke dalam Peta Tempat Menarik ini.
PENGEMBARAAN DI DUNIA AVATAR DI TAMAN CAHAYA PULAU PINANG
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia.Â
- Facebook : Avatar Secret Garden, Penang
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Avatar Secret Garden
Aktiviti Sesuai
Aktiviti Santai sambil menikmati keindahan taman yang dihiasi lampu yang berwarna-warni
Harga dan Kos Terlibat
Tiket masuk percuma! Yea.
Bayaran Parking Kereta : RM 3.00
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Avatar Secret Garden
Jom Lihat Review Pengunjung di Avatar Secret Garden
Is was nice and worth to go,but the parking is very difficult to find,suggest parking at the Tesco and walk around 10min to go inside,don’t waste your time to keep driving inside for find parking. Melindac Chew.
Very pretty! Although it’s a bit humid, remember to bring along some water. Gary Looi.
Super Nice view? but traffic very jam. Law Ji Wen.
The view is nice. wawa ang.
Truly awesome! Ken Lung.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah,jika mahu melihat suasana seperti dunia avatar boleh datang ke sini. Anda boleh beristirehat bersama keluarga sambil menikmati pemandangan indah lampu-lampu yang berwarna-warni. Terima kasih kepada Budak Lelaki Sebelah Pintu kerana banyak memberi input yang berguna mengenai tempat ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Avatar Secret Garden, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Avatar Secret Garden.