Selamat pagi semua. Jikalau pembaca sedang mencari info tentang Asal Usul Nama Bentong?
Kalau ya, maka para pembaca tengah berada di lokasi yang tepat!
Pada hari ini, pihak admin akan membawa anda ke satu lokasi yang mengkagumkan ini.
Bentong adalah sebuah daerah di Negeri Pahang. Daerah ini bersempadan dengan Negeri Selangor di sebelah barat dan Negeri Sembilan di sebelah selatan. Bentong merupakan laluan utama perjalanan dari Kuala Lumpur ke negeri Kelantan.
Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut.
Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai “Ban Untung” (ban yang menguntungkan). Perkataan “Ban Untung” menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan “Ban Untung” bertukar menjadi Bentong.
Dari cerita lain yang ditulis oleh Pak Zek (Allahyarham Dato’ Zakaria Hitam, seorang Budayawan Pahang), perkataan Bentong berasal daripada perkataan Bapong yang bermaksud timbul.
Bentong pernah dijadikan kubu oleh Dato’ Bahaman. Tentera British telah menghantar askar Gurkha untuk menewaskan Dato’ Bahaman dan menawan tempat tersebut. Bagaimanapun, sejumlah besar askar-askar Gurkha tersebut telah terbunuh hasil serangan hendap yang dilakukan oleh Dato’ Bahaman dan orang-orangnya.
Mayat-mayat askar Gurkha tersebut telah dihumban ke dalam sungai dan mayat-mayat tersebut timbul di permukaan air. Berikutan insiden inilah, kawasan tersebut dikenali sebagai Bapong, dan kemudiannya dikenali sebagai Bentong. Tarikh sebenar nama tersebut ditukar adalah dicatitkan pada 31hb Ogos 1957.
Daerah Bentong terletak dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Bentong dan terbahagi kepada 3 mukim iaitu Mukim Bentong, Mukim Sabai dan Mukim Pelangai. Selain dari Bandar Bentong, terdapat beberapa pekan lain yang menjadi tumpuan penduduk seperti di Karak, Bukit Tinggi, Telemong dan Simpang Pelangai.
Di daerah Bentong juga terdapat tempat menarik seperti Air Terjun Camang. Juga pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh Asia iaitu Genting Highland.
Best Things To Do in Bentong, Malaysia
Anda dah Pernah Sampai ke Sini?
Adakah kamu ada info di sini dan mahu kongsikan kepada kami, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi review dengan pelancong lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah