

Assalamualaikum. Sabah merupakan satu Negeri yang perlu dikungjungi di Malaysia. Apabila sampai di Sabah satu tempat yang perlu dikungjungi ialah Kundasang. Tempat ini persis seperti di luar negara kerana keindahan panorama dan suasana iklim yang sejuk berbeza dengan tempat yang lain. Salah satu tarikan di sini ialah Arnab Village. Arnab Village merupakan tempat menarik di Ranau Sabah.Â
Arnab Village semakin dikenali dan dikunjungi oleh masyarakat setempat. Peminat haiwan yang comel ini pasti tidak akan lepaskan peluang untuk berkungjung ke sini. Taman arnab ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat apabila berkungjung ke Ranau.
Walaupun hanya arnab sahaja tetapi anda pasti akan tertarik kerana pelbagai jenis arnab terdapat di sini. Aksi-aksi arnab pasti dapat menghilangkan tekanan yang dialami. Anda berpeluang untuk pegang dan memberi arnab makan. Ianya pasti satu aktiviti yang seronok dan menarik.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke Arnab Village sekiranya datang ke Ranau Sabah. Si comel pasti menunggu kedatangan anda. Jangan lupa untuk kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
Wow! Si Comel Arnab di Arnab Village Pasti Membuat Anda Tersenyum
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Kg. Kibas,89308 ranau Ranau, Malaysia.
- Nombor Telefon : 010-955 0019
- Waktu Operasi : 9:00 pagi – 5:00 ptg
- Facebook : Arnab Village Ranau
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Arnab Village
Aktiviti Sesuai
Tempat ini sememangnya sesuai bagi anda yang menyukai haiwan yang comel ini. Di sini, anda boleh memberi makanan kepada arnab-arnab dengan syarat makanan diperolehi daripada kaunter pendaftaran tadi. Anda juga boleh bermain, mengusap, bergambar dan sebagainya selagi ianya tidak mendatangkan kemudaratan atau kecederaan terhadap arnab-arnab ini.
Tiada masa yang dihadkan dalam memasuki taman ini, bermakna anda boleh berada di taman ini sebaik dibuka sehingga ditutup pada waktu petang. Arnab yang terdapat dalam taman ini sangat jinak dan akan berusaha mendekati anda dengan harapan diberikan makanan.
Harga Tiket Masuk
Yuran untuk masuk yang dikenakan adalah percuma bagi kanak-kanak manakala orang dewasa pula hanya perlu membayar RM 3.00 setiap orang. Tiket perlu diperolehi daripada kaunter tiket sebelum masuk ke taman ini.
Kemudahan
- Tempat Meletak Kereta – Tempat letak kereta yang luas disediakan.
- Kedai Cenderahati
Peraturan Untuk Pengunjung
Setiap lokasi yang selalu dikunjungi orang ramai mempunya peraturan masing-masing. Taman Arnab di Kampung Purakagis juga mempunyai peraturan seperti yang dinyatakan dalam gambarajah dibawah. Secara ringkasnya, jangan melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap arnab di dalam taman.
Jom Saksikan Si Comel di Arnab Village


Jom Lihat Review Pengunjung di Arnab Village
Nice place to go. tickets are affordable. the owner should do something to do more interesting stuff or show rather than just showing rabbits of different kinds which are most of the time in dirty and smelly condition. the place is wet and slippery too after rain. be careful. Elvin Mingel.
You’ll be very satisfied with the place once you here, there are 8 species of rabbit here.Most of the rabbits will chase you after entering the entrance. A very good experience. Ahmad Al-Hakim Shamsudin.
I fall in love with this place..the rabbits was so friendly. Leya Radzi.
There are so many cute and fluffy rabbits ? there are also cats and hamsters. Azra Marini.
The rabbit is so cute. muslich shabir.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada infosantai.com kerana memberi maklumat dan berkongsi gambar yang menarik. Jika lepaskan peluang untuk melihat si comel arnab di sini dan pasti satu pengalaman yang menarik.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Arnab Village , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Arnab Village.