Alami Hidup Bagaikan di Lautan di Aquaria KLCC

aquaria-klcc-kuala-lumpur

Assalamualaikum kepada semua pengunjung setia laman Tempat Menarik. Tempat Menarik yang bakal dikongsikan kali ini adalah peluang untuk mengalami kehidupan umpama di alam marin dengan berkunjung ke Aquaria KLCC sebagai tempat menarik di Kuala Lumpur.

Aquaria KLCC merupakan ruangan 60,000 kaki persegi (5,600 m2) dalam 2 aras bangunan yang mempunyai 90-metre (300 kaki) terowong air bawah tanah.

Aquaria KLCC menghuni lebih 250 spesis hidupan laut dan lebih 5,000 hidupan tanah yang berasal dari Malaysia dan serata dunia. Makluman Interaktif dari mesin kiosk juga membantu pemahaman mengenai ikan dan penyu.

Aquaria KLCC berasaskan perjalanan air dari tanah bawah lautan. Ianya bermula dari tanah berkabus, susuran sungai yang melalui hutan hujan dan paya bakau kemudian jauh kedalam terumbu karang dan lautan dalam. Sememangnya lokasi yang amat sesuai untuk pengetahuan marin dan kami kongsikan Peta Tempat Menarik ini disini.

IBARAT ANDA HIDUP DI LAUT DALAM ADALAH PENGALAMAN YANG BAKAL DIRASAI DI AQUARIA KLCC

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Nombor Telefon :  +60 3-2333 1888
  • Waktu Operasi :  10AM–8PM
  • Facebook : Aquaria KLCC
  • Peta Lokasi : 

Bagaimana Cara Untuk ke Aquaria KLCC?

1. Menggunakan Kenderaan Sendiri (Kereta / Motor)

Baiklah tidak dinafikan jika anda berada dikawasan sekitar atau jenis yang tidak suka menaiki kenderaan awam maka pilihan anda pasti terhad. Menggunakan kenderaan sendiri untuk ke Aquaria KLCC ini pastinya ada kelebihan dan kekurangannya memandangkan bandar Kuala Lumpur merupakan bandar utama di Malaysia yang sangat sesak. Isu jalan sesak, keselamatan, tempat letak kenderaan dan beberapa perkara lagi mungkin menjadi keutamaan.

Namun, anda boleh meletakkan kenderaan anda itu bersebelahan dengan KLCC ataupun di tempat letak kereta bawah tanah disana. Selain itu, di Suria KLCC juga turut menyediakan tempat letak kenderaan.

2. Menggunakan Khidmat Tren RapidKL 

Seperti yang kita semua tahu, lokasi Aquaria KLCC ini adalah terletak lebih kurang kira-kira 15 minit berjalan kaki sahaja dari stesen Putra Suria KLCC. Dengan menggunakan kenderaan awam tren rapidKL ini, anda hanya berlua bergerak dari stesen masuk ke pusat membeli-belah Suria KLCC. Kemudian, apabila anda tiba di kawasan maklumat pelanggan, masuk kiri dan cari jalan ke terowong bawah tanah KLCC(di sebelah Burger King). Akhirnya, anda hanya perlu ikut panduan yang di beri oleh papan tanda.

3. Menggunakan Bas Awam

Penggunaan bas disini bukan bermaksud anda menggunakan bas rombongan atau travel anda. Tetapi ianya adalah untuk penumpang KL Hop On-Hop Off. Ya, ianya lebih mudah dimana anda boleh terus berhenti di KLCC Garden Park. Dari sini, anda boleh terus berjalan menuju ke Aquaria KLCC.

Dapatkan Info Menarik di Aquaria KLCC

Pengalaman Hidupan di Dalam Laut

Anda hanya perlu melalui susur galur pameran yang dipersembahkan di Aquaria KLCC seperti di atas.

Susunan yang ditunjukkan adalah berdasarkan konsep dari tanah berkabus, susuran sungai yang melalui hutan hujan dan paya bakau kemudian jauh kedalam terumbu karang dan lautan dalam.

Susunan Pameran

  • Tangki Piranha
  • Kolam Gen
  • Zon Elektrik
  • Sungai
  • Tales of The Ocean
  • Jalanan Terumbu
  • Perjalanan Air Tawar
  • Hutan Yang Banjir
  • Muara Laut
  • Hidupan Laut
  • Tangki Tiub
  • Glass Bottom Boat

Pembelajaran Melalui Pemerhatian

Anda juga berpeluang melihat aquaris profesional yang memberi makanan secara manual kepada hidupan laut setiap hari sambil belajar peranan haiwan haiwan ini bagi mengekalkan keseimbangan habitatnya.

  • Penyelam akan membuat suapan kepada ikan Arapaima 2:30 pm
  • Waktu memberi makan pada pembunuh kejam, ikan jerung 3:00 pm
  • Pelbagai hidupan akuatik 10:45 am
  • Asian Small-clawed Otters 11:15 am
  • Piranha Perut Merah 4.00pm
  • Memerang Asia
  • Sotong Kurita Pasifik 11:30 am

Harga dan Kos Memasuki Aquaria KLCC

Secara umumnya, berikut ialah harga tiket untuk memasuki Aquaria KLCC ini.

  • Dewasa : RM 69 (Mykad RM49)
  • Kanak Kanak : RM 59 (Mykad RM39)
  • Warga Senior : RM 49 (Mykad RM39)

Apa Aktiviti Menarik yang disediakan di Aquaria KLCC yang Anda Tidak Boleh Terlepas ?

Sudah semestinya pengalaman di sini bukan untuk menguji keberanian diri sahaja, tetapi untuk memberikan pengalaman yang baik buat pengunjung apabila berhadapan dengan haiwan akuatik ini. Oleh sebab itu, ada 2 jalan atau pilihan yang mungkin anda patut lihat.

1. Bermanja dan Bermain Dengan Ikan Comel di Fish Spa

Jika masuk kedalam tangki terlalu ekstrem untuk anda atau keluarga, maka kenapa tidak merasai pengalaman spa dan bermain dengan ikan yang manja ini? Dengan bajet yang sangat rendah, anda boleh bawa keluarga anda ke Spa Ikan untuk melihat ikan lebih dekat bahkan untuk merasai gigigtan kecil ikan-ikan pada kaki anda yang direndamkan didalam air.

Bunyinya sangat menarik bukan? Ya, memang menarik sebenarnya. Kalau anda bawa anak-anak kecil, pastinya aktiviti ini sangat sesuai untuk mereka cuba. InsyaAllah ianya tidak menyakitkan tetapi lebih memberikan pengalaan yang menyeronokkan.

2. Menyelam dan Bermalam dengan Jerung

Bagaimana, hebat bukan aktiviti ini? Ya, sebenarnya di Aquaria KLCC anda boleh bersemuka dengan jerung dan makhluk laut yang lain dalam akuarium laut dengan 2 pakej menyelam ataupun pakej bermalam.

  • Dive With The Shark (Menyelam dengan Jerung) 

Pakej ini hanya terbuka untuk penyelam terlatih yang berumur 14 ke atas. Dengan kata lain, adalah lebih tepat jika kita katakan aktiviti ekstrem ini memerlukan anda mempunyai sijil atau lesen menyelam. Jika tidak, lupakan sahaja kerana anda perlu ingat aktiviti ini sangat mencabar kerana anda akan menyelam bersama dengan Jerung.

Walaupun bunyinya sangat menakutkan, tetapi aktiviti ini tetap ada yang lakukannya terutama mereka yang sangat mencintai haiwan akuatik dan suka menyelam. Jadi, anda mahu cuba?

Info ringkas :

Harga tiket Aquria KLCC untuk Program Dive With Shark ialah RM 424.00 seorang

– Masa dan tarikh : 1 petang setiap hari dan tiada slot menyelam pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu

Dengan setiap pembayaran anda akan mendapat:

  • Kemasukan ke Aquaria KLCC
  • Sewaan peralatan menyelam
  • T-shirt Dive With Shark
  • Sijil Rasmi penyertaan program Dive With Shark

Antara syarat sekiranya anda ingin menyertai program ini:

  1. Penyelam mesti mempunyai sjil/ lesen menyelam yang diiktiraf dan salinan sijil/lesen mesti dibawa bersama.
  2. Mesti berumur 14 tahun dan keatas
  3. Mesti mengistiharkan sejarah penyakit yang ada sebelum menyelam.
  4. Semua peralatan akan disediakan oleh pihak Aquaria KLCC kecuali prescription mask.
  5. Kamera dalam air tidak dibenarkan dibawa ketika menyelam.
  6. Maksimum 2 orang untuk setiap kali menyelam.
  7. Perlu menempah dan bayar sepenuhnya sekurang-kurangnya 5 hari sebelum hari menyelam.
  8. Perlu berada di Aquaria KLCC sekurang-kurang 30 minit sebelum masa menyelam.
  9. Pihak Aquaria KLCC mempunyai hak mutlak untuk meminda tarikh dan masa menyelam tanpa notis awal.

Youtube : Niur Firdaus Helmy

  • Cage Rage (Selaman Dalam Sangkar) 

Mereka yang bukan penyelam terlatih atau berumur 14 tahun ke bawah juga boleh menyelam, tetapi dalam sangkar besi. Tahap kesukaran atau ekstrem adalah sedikit rendah berbanding berenang bersama ikan Jerung namun ianya tetap memerlukan keberanian.

Jika anda atau ahli rombongan anda berminat untuk mencuba aktiviti ini, kenapa tidak anda buat terus tempahan terlebih dahulu. Hubungi segera bahagian  [email protected] atau telefon 03-23331976/1977/1971.

Info Ringkas :

– Harga tiket untuk Program Cage Rage ialah RM 211.00 seorang

– Masa dan tarikh : 11 pagi setiap hari dan tiada slot menyelam pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu

Ok, jadi kalau anda bayar RM211, apa yang akan anda dapat ialah :

  • Kemasukan ke Aquaria KLCC
  • Gear atau peralatan menyelam (sewa)
  • T-shirt Dive Cage Rage
  • Sijil Rasmi penyertaan Cage Rage

Syarat-syarat ketat dikenakan untuk menyertai aktiviti Cage Rage ini. Antaranya ialah :

  1. Mesti berumur 14 tahun dan keatas
  2. Mesti mengistiharkan sejarah penyakit yang ada sebelum menyelam.
  3. Semua peralatan akan disediakan oleh pihak Aquaria KLCC kecuali prescription mask.
  4. Kamera dalam air tidak dibenarkan dibawa ketika menyelam.
  5. Maksimum 3 orang untuk setiap kali menyelam.
  6. Perlu menempah dan bayar sepenuhnya sekurang-kurangnya 5 hari sebelum hari menyelam.
  7. Perlu berada di Aquaria KLCC sekurang-kurang 30 minit sebelum masa menyelam.
  8. Pihak Aquaria KLCC mempunyai hak untuk meminda tarikh dan masa menyelam tanpa notis awal.
  9. Harga tiket Aquaria KLCC yang dinyatakan adalah termasuk dengan cuka 6% GST.
  • Sleep With the Sharks (Tidur Bersama Jerung)

Ini satu lagi aktiviti yang menyeronokkan. Disini, kanak-kanak yang berusia 6 hingga 13 tahun boleh menyertai program Tidur bersama Jerung pada musim cuti sekolah. Disebabkan program ini sangat popular, tempahan awal adalah disyorkan. Sila hubungi nombor atau email di [email protected] atau telefon 03-23331976/1977/1971.

Merupakan program khas untuk kanak-kanak yang berumur 3-12 tahun yang sangat popular di Aquaria KLCC untuk melihat gelagat ikan jerung dan hidupan marin lain yang ada di sini dengan lebih dekat.

Kanak-kanak akan dipenuhi dengan aktiviti menarik seperti sesi memberi makan ikan, aktiviti bergerak pada malam hari, kursus/tour pelajaran malam dan pengalaman yang unik untuk tidur bersama ikan jerung.

Info Ringkas :

– Harga tiket pakej Sleep With Shark ialah RM 211.00 seorang.

Selain aktiviti di atas, setiap peserta juga akan mendapat hadiah saguhati seperti baju t-shirt dan juga sijil penyertaan program Sleep With Shark.

Donwload borang permohanan di sini.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Aquaria KLCC

kredit gambar : 11street, wikipedia, aquariaklcc, mithunonnet

10 Tempat Penginapan atau Hotel Berdekatan dengan Aquaria KLCC

1. Impiana KLCC Hotel

  • Impiana KLCC Hotel menempatkan tetamu 5 minit berjalan kaki dari taman hijau di KL City Center Park. Anda boleh berjalan kaki 10 minit ke pusat membeli-belah Suria KLCC, melihat sendiri kehabatan binaan Menara Berkembar Petronas ikon di sepanjang jalan. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur berjarak 3 minit berjalan kaki dari hotel dengan melalui jambatan pejalan kaki.
  • Average Harga : RM262 semalaman

2. Traders Hotel Kuala Lumpur

  • Traders Hotel Kuala Lumpur by Shangri-La ini terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur City Centre dan dihubungkan ke pusat konvensyen. Ianya mempunyai laluan berjalan kaki yang pendek menghubungkan hotel ke Menara Berkembar Petronas.
  • Average Harga : RM419 semalaman

3. Corus Hotel Kuala Lumpur

  • Terletak di Segitiga Emas, hotel ini berada dalam jarak 15 minit berjalan kaki dari Discoveria, Menara Berkembar Petronas dan Pusat Membeli-belah Suria KLCC. Dataran Merdeka dan Menara Kuala Lumpur juga berada dalam jarak 2 batu (3 km).
  • Average Harga : RM257 semalaman

4. The ZON All Suites Residences

  • Terletak di Segitiga Emas, hotel ini berada dalam jarak 10-minit berjalan kaki dari Ampang Park dan Pusat Membeli-belah Suria KLCC. Menara Berkembar Petronas dan Pavilion Kuala Lumpur juga dalam jarak 1 km (2 km).
  • Average Harga : RM160 semalaman

5. Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

  • Dikelilingi oleh taman-taman tropika, hotel bertingkat 28 ini berjarak 5 minit berjalan kaki ke Menara KL dan Menara Berkembar Petronas. Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan kawasan membeli-belah Bukit Bintang terletak berhampiran.
  • Average Harga : RM432 semalaman

6. Verdant Hill Hotel Kuala Lumpur

  • Terletak di Bukit Bintang, hotel ini terletak dalam jarak 1 km (2 km) dari Jalan Alor, Menara Berkembar Petronas dan Jalan Petaling. Dataran Merdeka dan Pavilion Kuala Lumpur juga dalam jarak 1 km (2 km).
  • Average Harga : RM208 semalaman

7. Dorsett Kuala Lumpur

  • Hotel Kuala Lumpur yang mesra keluarga ini terletak di daerah hiburan, dalam jarak 1 km (2 km) dari Galeri Starhill, Menara Berkembar Petronas dan Pavilion Kuala Lumpur. Petaling Street dan Suria KLCC Shopping Centre juga dalam jarak 2 mi (3 km).
  • Average Harga : RM226 semalaman

8. Mandarin Oriental Kuala Lumpur

  • Sebahagian daripada kompleks runcit Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, hotel bertingkat 30 ini bersebelahan dengan Taman KLCC, pusat membeli-belah Suria KLCC, dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
  • Average Harga : RM599 semalaman

9. Frenz Hotel Kuala Lumpur

  • Terletak di Segitiga Emas, hotel ini berada dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari Merdeka Square, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek. Petaling Street dan Masjid Negara juga dalam masa 1 mi (2 km).
  • Average Harga : Tiada sumber

10. Pullman Kuala Lumpur City Center Hotel & Residences

  • Pullman Pusat Bandar Kuala Lumpur Hotel & Residences terletak betul-betul di pusat bandar, 10 minit berjalan kaki dari stesen monorel. Menara Berkembar Petronas yang menewaskan sekitar 1 km (1.6 km) jauhnya, dan pusat membeli-belah Pavilion berjarak 2 minit berjalan kaki. Butik-butik besar mengelilingi hotel di Jalan Conlay berwarna-warni.
  • Average Harga : RM329 semalaman

Jom Lihat Review Pengunjung di Aquaria KLCC

The place offers a breath taking view of aquatic creatures swimming freely in replicated habitats. I would recommend those who was the to see shark feeding to arrange their visit either on Monday, Wednesday and Saturday. On the rest of week, you can view Grouper and Turtle feeding instead. Norwin Shariman Mohamad Nor

A great place and a great experience. The entry fee is a bit too much. You get roughly 2 hours to see the whole place. They have piranha feeding once or twice a day that you can watch live. Many varieties of fishes and other creatures. Sharifah Johari

It is wonderful place to see the natural beauty of marine life. Kids very much enjoy to see the fish moving specially while passing through glass tunnel. Informative cells are also quite interesting. Muhammad Anis-ur-Rehman

Best experience ever. Saw one of the most exotic sea fishes. Most fav part was watching the sharks move around. Also the shark jaws in the picture I uploaded is great and informative. Loved it Alvira Rahman

Had better expectations. Disappointed. Place is smelly. Small kids would enjoy. Siam Paragon in Bangkok is much better. Augmented reality is a sham 🙁 Sakhawat Husain

Nice aquarium. With good fish exhibits. Avoid the augmented reality show. It is just for some video fun nothing special in it. Muhammad Ali Siddiqui

A great place and a great experience. The entry fee is a bit too much. You get roughly 2 hours to see the whole place. They have piranha feeding once or twice a day that you can watch live. Many varieties of fishes and other creatures. Arpit Sharma

The aquarium was okay. Our eight year old daughter enjoyed herself. If we went again, we would definitely buy our tickets ahead of time online. Today was crazy busy because of the holiday (Raya) weekend, so we had to wait in line for about 45 minutes just to buy tickets. After we got inside, it was just wall to wall people.everywhere. I would highly recommend NOT going during a holiday weekend when Malaysian people are all off of work and school. I tried to convince my daughter to wait for a few days and go when it wasn’t so crowded, but she had her mind set on going today. Shane

It is a very relaxing place for senior citizens.
A knowledgeable place for young children and teenagers.
The cost for the pictures taken by the photographs must be decreased. Ayesha’s Ideas

Very educational, it’s fascinating to see the giant sting rays, and turtles, although the sharks are still small. There are feeding times, and events, and a touch pool. Many educational exhibits as well. Simon Heng

There were many different fishes in the aquarium and the tunnel was amazing as you could see the sharks and fishes. I loved the otters and the green snake. I liked the jellies too. It will be a fun experience for the whole family. wy mark

Many small aquariums and some sections with virtually nothing drags down the rating. Some nice tanks with cool fish. Good tunnel at the end. Stairs and escalator makes it hard with stroller. Saw some seemingly dead animals (insect like things) which is pretty bad Magnus Carlsen

This place is just awesome. A must go in kl. The ticket price is a bit high but a total worth it. The undersea walk was so beautiful. You should experience it by yourself to understand. so go go go! Warren Barbe

Informative and very kid friendly. Easy to get around. Very friendly and helpful staff. Serenity 472

Nice place but stupid photographers. They ask you for free photo then you find your photos ready for 50$. What a cheap way to collect the money. Overall, you can skip the photos and not taking them. Mohammed Marei

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, pastinya pengalaman amat menarik bakal diperolehi dengan berkunjung ke Aquaria KLCC. Kami ingin kreditkan review ini kepada laman web utama Aquaria KLCC sebagai rujukan utama penulisan ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Aquaria KLCC , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Aquaria KLCC.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleRestoran Anje Bangi, Nasi Briyani Gam Johor yang Wajib dicuba bagi Pencinta Briyani dan Daging
Next articlePulau Payar Langkawi Tempat Menarik Dikungjungi
aquaria-klccSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!