Allvision Koffee Tempat Makan di Kelantan Sedap Superlicious Wajib Pergi

tempat-makan-sedap-di-kelantan

Sebelum ini admin sudah kongsikan tempat menarik di Kota Bharu yang terbaru iaitu Soul Fil Madinatul Jadid yang terletak di Jalan Dato Pati. Betul memang admin sendiri kagum dengan lukisan di dinding bangunan lama itu dan pastinya mengubah destinasi perlancongan di Kelantan. Namun, kali ini admin ingin ketengahkan tempat makan di Kelantan yang wajib anda semua pergi kalau datang ke Kelantan. Nak tahu di mana?

Tempat makan di Kelantan yang sedap yang wajib anda semua pergi ialah Allvision Koffee yang sememangnya sangat menarik minat admin untuk admin ketengahkan dalam post kali ini. Kenapa? Sebabnya idea pemilik Allvision Koffee yang admin lihat sangat hebat iaitu selari dengan perubahan masa kini yang menggabungkan pelbagai aspek moden. Ok kalau masih tak faham tak mengapa, nanti anda semua akan tahu kenapa.

Allvision Koffee Tempat Makan Sedap di Kota Bharu Kelantan

  • Alamat : Bandar Baru Tunjung, 16010 Kota Bharu, Kelantan
  • Nombor Telefon : 09-7482312
  • Facebook : allvision koffee
  • Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 10.30 malam. Beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat
  • Peta Lokasi :

Dapatkan Info Menarik di Allvision Koffee

Semestinya kalau tempat makan best yang dikongsikan tempatmenarik.my ini pastinya akan ada kelainan yang tersendiri sama ada dari segi rasa, menu, promosi, dekorasi tempat, mahupun cara hidangan yang unik. Kali ini admin sangat teruja kerana di Allvision Koffee ini memberikan beberapa tarikan yang sangat hebat. Nak tahu apa? Jom kita saksikan satu persatu.

Delivery Food! Penghantaran Makanan ke Seluruh Area Kota Bharu

Delivery Food! Penghantaran Makanan ke Seluruh Area Kota Bharu
Delivery Food! Penghantaran Makanan ke Seluruh Area Kota Bharu

Tiada masalah lagi bagi sesiapa yang tak berkesempatan untuk merasai menu istimewa Allvision Koffee. Hal ini kerana Allvision Koffee ada menyediakan KHIDMAT DELIVERY PERCUMA untuk warga Kota Bharu. Ya, memang terbaik kalau dapat makan tanpa perlu ke Allvision Koffee.

Baiklah, antara menu ‘HOT’ untuk Delivery Food ialah :

  • Go Easy Meatball + Drink Rm16
  • BUTTERRICE WITH [email protected] CHICKEN + Drink Rm23
  • Crab-B Bite Burger + Drink Rm20
  • FETTUCCINE WITH GRILL CHICKEN + Drink Rm 23
Delivery Food! Penghantaran Makanan ke Seluruh Area Kota Bharu
Memang superb!
Delivery Food! Penghantaran Makanan ke Seluruh Area Kota Bharu
Kalau tak terliur lagi tak tahulah.
Delivery Food! Penghantaran Makanan ke Seluruh Area Kota Bharu
Sedap, dan menyelerakan.
Delivery Food! Penghantaran Makanan ke Seluruh Area Kota Bharu
Pastinya mengiurkan!

Ok itu hanyalah antaranya sahaja dan banyak lagi yang anda boleh tempah. Oh ya, selain itu setiap tempahan anda akan dapat :

  • FREE DELIVERY *Minimum 2 order
  • FREE DRINK (Bandung @ Lemon mint coke)

Cara membuat tempahan untuk Delivery Food ialah call direct ke nombor di bawah. Buat tempahan sekarang!

☎ 09-748 2312

Macam mana? Rasa dah tertelan air liur? Tak apa nanti kita cuba layan satu persatu gambar-gambar menu yang ada.

Pakej Parti Kejutan Sambutan Hari Lahir di Allvision Koffee

Sambut Hari Lahir di Allvision Koffee

Indahnya dapat sambut hari lahir bersama orang tersayang dan keluarga tercinta dengan suasana menarik dan makanan yang sedap.

Jika pening tak tahu dimana ingin menyambut hari lahir tersayang, atau ingin membuat parti kejutan hari lahir maka Allvision Koffee boleh menjadi pilihan anda. Kini di Allvision Koffee, mereka sedia membantu anda! Allvision Koffee sedia menerima tempahan untuk sebarang majlis kejutan yang anda inginkan.

Sambut Hari Lahir bersama orang tersayang di Allvision Koffee
Sambut Hari Lahir bersama orang tersayang di Allvision Koffee
Sambut Hari Lahir bersama orang tersayang di Allvision Koffee
Parti kejutan hari lahir untuk tersayang

Macam mana? Menarik bukan?

Ya, untuk sebarang majlis kejutan anda boleh deal dengan pihak Allvision Koffee. Tak payah susah-susah nak urus dah selepas ini. Apa yang anda perlu buat? Anda boleh hubungi mereka di talian 09-7482312 untuk sebarang info atau pertanyaan.

Oh ya, untuk tambahan, nikmati diskaun yang menarik bagi minuman dan makanan yang terpilih di Allvision Koffee.

Up to date dengan Menu Terbaru yang Lebih Menarik

Rasai Menu Terbaru di Allvision Koffee
Toasted Hazelnut Iced Blended

Satu perkara yang buat kami di tempatmenarik.my kagum dengan Allvision Koffee ialah menu mereka yang sentiasa di update. Ya, rasanya inilah hasil kreativiti chef mereka dimana semua menu Allvision Koffee disediakan oleh chef yang berpengalaman lebih 3 tahun dalam bidang kulinari!

Kalau dah addicted dengan Allvision Koffee nanti pun rasanya tidak ada masalah sebab menu sentiasa di update dan anda boleh rasai pelbagai menu baru untuk rasai perbezaannya.

Promosi, Promosi dan Promosi dari Allvision Koffee!

Promosi di Allvision Koffee
Promosi di Allvision Koffee

Satu lagi perkara yang menarik minat kami ialah di Allvision Koffee ini sebenarnya ada sahaja pelbagai promosi menarik dari mereka. Promosi potongan harga, promosi Satuday Special, promosi minuman percuma, promosi pakej kombo dan bermacam lagi. Sebab itu tidak rugi anda semua ke Allvision Koffee.

Untuk tahu info promosi terbaru anda semua perlu ke Facebook Allvision Koffee yang admin kongsikan dibawah nanti. Ingat, sentiasa check facebook mereka supaya anda tidak terlepas promosi hebat mereka!

Senarai Menu di Allvision Koffee

Tempat Makan Best di Kelantan
Tempat Makan Best di Kelantan
Tempat Makan Best di Kelantan
Menu ringkas tapi best!
Tempat Makan Best di Kelantan
Macam mana? Terliur?
Tempat Makan Best di Kelantan
Mana lagi anda boleh dapat menu best ini!
Tempat Makan Best di Kelantan
Anda kena cuba!

Jom Kita Baca Review Pengunjung di Allvision Koffee

Sir, just want to share my idea, your place is nice, food already delicious and price is affordable just one thing is lack, hope you can add more choice for drinks…so there will be more choice especially for kids and those who not coffee addict..thank you sir. KB Futsal Arena

Faten Khalilah, kat sini makanan western dia sedap. Boleh la ulang datang sini. Kak Ifah

Memang sedap! Mohamad Faizal Bin Saedon

Tutup Pintu Belakang Allvision Koffe

Alhamdulillah, kami rasa mungkin setakat ini dahulu maklumat tentang Allvision Koffee Kota Bharu yang dapat kami di tempatmenarik.my kongsikan dengan pembaca. InsyaAllah jadikan website kami sebagai rujukan WAJIB anda semua jika mahu pergi bercuti atau mencari tempat menarik untuk berhibur, makan dan menenangkan fikiran. Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Allvision Koffee, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Allvision Koffee!

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleTaman Botani Putrajaya Tarikan Riadah Tempat Menarik di Putrajaya
Next articleFarm In The City Tempat Menarik di Seri Kembangan Selangor
allvision-koffee-tempat-makan-best-di-kelantanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!