Aktiviti Lasak di Skytrex Langkawi

2491

Skytrex Langkawi Adventure Park

Assalamualaikum. Bagi yang suka kepada aktiviti lasak, di langkawi terdapat sebuah tempat iaitu Skytrex Langkawi. Skytrex Langkawi merupakan tempat menarik di Langkawi bagi peminat aktiviti lasak. Admin tertarik untuk membuat ulasan mengenai tempat ini.

Skytrex ialah satu aktiviti extreme di atas pokok. Anda kena melalui halangan yang agak mencabar (boleh pilih mahu yang biasa-paling mencabar). Antara halangan tersebut termasuklah flying fox, panjat tangga, meniti kayu, meniti tali dan banyak lagi. Terdapat 3 pakej yang disediakan di Skytrex iaitu little legend adventure, eagle thrill dan island extreme. Jadi anda bolehlah pilih pakej mengikut kemampuan dan keyakinan anda.

Disini faktor keselamatan sangat diutamakan. Sebelum memulakan aktiviti anda akan diberi taklimat. Aktiviti memanaskan badan juga akan dibuat sebelum aktiviti dimulakan. Pakaian yang sesuai untuk aktiviti lasak akan diberikan demi menjaga keselamatan. Taman ini dibuka untuk kanak-kanak tetapi perlu dibimbing oleh orang dewasa.

Cabar diri anda untuk melakukan aktiviti lasak di Skytrex Langkawi. Anda pasti berpuas hati dengan cabaran yang disediakan. Sebelum anda memulakan aktiviti pastikan syarat-syarat dipenuhi bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Disini admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Diharap dapat membantu.

AKTIVITI LASAK DI SKYTREX LANGKAWI YANG AWESOME!

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 19-280 5679
  • Waktu Operasi :  9:00 a.m – 6:00 p.m
  • Website: www.skytrex-adventure.com
  • Facebook : Skytrex 
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Skytrex Langkawi

Jenis Cabaran

1) little legend adventure : Ada 23 permainan yang sesuai dengan kanak-kanak dan semua peringkat umur. Aktiviti ini kurang mencabar. Aktiviti dibuat dengan ketinggian 3 hingga 5 meter.

2) Eagle Thrill : Ada 29 permainan, jarak trek melebihi 600 meter, 8 flying foxes, 5 cabaran horizontal, 5 cabaran ascending, 5 cabaran descending.

3) Island Extreme : 33 permainan, jarak trek melebihi 700m, 15 flying foxes, 5 cabaran horizontal, 3 cabaran ascending, 3 cabaran descending.

Harga dan Kos Terlibat

Tips Ke Skytrex

  • Berpakaian sukan & berkasut
  • Pergi hari cuaca cerah
  • Beli tiket online dapat potongan harga RM5.
  • Bawa air mineral sebab diorang hanya sediakan sebotol air mineral.
  • Bawa tuala kecil untuk lap peluh sebab anda pasti berpeluh.
  • Pilih pakej yang paling extreme, iaitu Island Extreme. Pasti anda akan berpuas hati walaupun harga paling mahal.
  • Siapkan mental & fizikal.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Skytrex Langkawi

Jom Lihat Review Pengunjung di Skyrex Langkawi

I took on the eagle thrill adventure (the most physically strenuous trail).
Trainers were super friendly and the trail was amazing. Highly recommended to try Skytrex! Celine Goh.

Loved it, very adventurous! I would totally recommend it. Give it about 3 hours of your day. The toughest level really needs some physical strength but totally doable and worth it. Alaa Alhendi.

Very fun, went about a month ago. Suitable for most people. Not as hot as it is in the shaded forest. Happy Fatty.

Virtual 3D ride. Good fun. Recommended. Siong-Lung Wong.

Man that is one place i will never forget.Lots of challenges, plenty of zip-lines, and above all it is not expensive !Make sure to pick the Island Extreme circuit. Mohammad Rahim.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.mydailysales.com, www.hafizhafizol.my, langkawi-online.com dan www.jomjalan.com.my kerana memberi maklumat dan gambar yang menarik mengenai Skytrex Langkawi.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Skytrex Langkawi , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Skytrex Langkawi.

Facebook Comments