

Assalamualaikum. Inginkan suasana tenang dan damai di Langkawi? Datanglah ke Air Terjun Telaga Tujuh yang merupakan tempat menarik di Langkawi. Air terjun ini terletak di Gunung Mat Cincang.
Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana ianya dibentuk daripada tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan. Sungai Perangin bermula di puncak Gunung Machinchang menghasilkan tujuh peringkat air terjun. Air terjun ini menghasilkan kolam-kolam semulajadi yang dikenali sebagai Telaga Tujuh.
Ianya mempunyai tarikan tersendiri disetiap peringkat air terjun. Lebih 600 anak tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke kawasan Telaga Pertama yang menjadi tumpuan utama untuk berkelah, mandi-manda, beristirehat serta melihat panaroma kawasan gunung yang menarik. Berada di Telaga Tujuh seolah-olah berada di puncak keindahan alam semula jadi. Oleh itu, sesiapa sahaja yang memilih untuk berkunjung ke sini, pasti tidak akan menyesal.
Jangan lepaskan peluang untuk datang sendiri ke Air Terjun Telaga Tujuh yang sangat cantik dan indah. Walaupun terpaksa mendaki tetapi kicauan burung-burung daripada pelbagai spesies yang mengiringi perjalanan sedikit sebanyak menghilangkan keletihan mendaki kaki Gunung Mat Cincang untuk sampai ke Telaga Tujuh.Disini admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada pembaca.
AIR TERJUN TELAGA TUJUH YANG SANGAT CANTIK DAN INDAH
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
- Nombor Telefon : +60 12-570 0104
- Facebook : Air Terjun Telaga Tujuh
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Air Terjun Telaga Tujuh
Aktiviti Sesuai
- Mandi manda di Air Terjun Telaga Tujuh
- Jungle Trekking
Harga dan Kos Terlibat
Tiada sebarang bayaran untuk datang ke Air Terjun ini
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi
Jom Lihat Review Pengunjung di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi
Incredible wonderful feeling of refreshment in the water coming directly from sky to you by this amazing viewed waterfall, i hope i can go again numerous times. Ahmed Fawzy Ahmed Khalil.
Amazing place. need to have good stamina long climb through stairs. a beautiful water fall in the mid way don’t miss that and the 7 pools on the top. Do take swim suits along for a dip in the pools. The trail is exhausting but the sight at the top is worth the hassle. Mudassir Rafiq.
Excellent place. I do recommend to go there, don’t forget your swimming stuff to enjoy the water in the wild nature. ousha misr.
Really beautiful. Must visit. Beware, a lot of hike! Muhammad Ghazanfar Abdullah.
Very great scenery and worth the effort. But must prepare to climb a lot if want to go further up to Seven Wells. Jasmine See.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada kedforestry0.tripod.com dan maisinggah.com kerana memberi maklumat dan gambar mengenai air terjun ini. Banyak maklumat yang digunakan untuk dikongsikan kepada semua pembaca.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi.