

Assalamualaikum. Hutan Lipur Titi Hayun merupakan kawasan air terjun yang menjadi lokasi perkelahan dan tempat mandi manda. Air Terjun Titi Hayun merupakan air terjun sangat popular di daerah ini. Terdapat sebuah air terjun yang sangat cantik di Gunung Jerai iaitu Air Terjun Putri Mandi. Ianya merupakan tempat menarik di Yan Kedah.
Bagi penggemar air terjun, jika Titi Hayun tidak memuaskan hati anda, anda boleh pergi ke Air Terjun Putri Mandi. Walau bagaimanapun untuk sampai ke air terjun ini, pengunjung perlu mendaki sejauh 3KM dan mengambil masa anggaran 40 minit mengikut laluan yang bermula di Titi Hayun. Trek ini sangat mencabar dan sangat sesuai bagi pengemar aktiviti lasak.
Air Terjun Putri Mandi terletak di kaki Gunung Jerai antara air terjun yang menawarkan pemandangan yang cukup cantik, lokasi yang sering dijadikan kawasan training @ jungle tracking dan lokasi riadah yang cukup popular di kalangan penduduk setempat. Sepanjang pendakian anda akan berjumpa dengan pelbagai spesis flora dan fauna yang menarik.
Jadi pengemar aktiviti lasak boleh mencuba mendaki untuk ke air terjun ini. Penat lelah anda tidak akan terasa bila disajikan dengan pemandangan air terjun yang cukup memukau, ibarat pemandangan surga dunia. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
AWESOME! AIR TERJUN PUTRI MANDI SANGAT CANTIK
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 06900 Yan, Kedah.Â
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Air Terjun Putri Mandi
Aktiviti Sesuai Di sekitar
Bagi pelancong yang ingin berkhema, tempat perkhemahan disediakan. Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah jungle trekking, Mendaki ke puncak gunung melalui tangga kenari, Aktiviti kem dan kursus dan paling utama mandi manda air terjun.
Cabaran Mendaki ke Air Terjun
Tahap kesukaran trek untuk menuju ke Air Terjun Putri Mandi, di permulaan anda akan melalui trek yang landai bersimen melalui kawasan dusun, seterusnya melalui trek hutan yang landai dan menjumpai pokok besar seterusnya akan melalui satu anak sungai dan start dari situ akan melalui trek yang agak mencabar memang sesuai untuk dijadikan lokasi untuk training naik bukit, turun bukit barulah sampai ke Air Terjun utama.
Tak perlu bawa air yang banyak sebab disepanjang jalan akan jumpa banyak punca air / mata air untuk refill botol korang. Anggaran masa trekking dari permulaan ke Air terjun mengambil masa lebih kurang 40 minit bergantung kepada keadaan trek dan stamina.
Mandi Manda di Air Terjun Putri Mandi
Air di si agak tenang dan di sesetengah kawasan agak dalam. Pastinya air sangat sejuk, serius memang sejuk mandi manda 5 minit dah menggigil sampai ke tulang. Memang best layan air terjun ini kawasan yang bersih dan terjaga.
Penginapan yang Ada
The Regancy Jerai Hill Resort
Tempat Berhampiran Yang Menarik
- Hutan Lipur Seri Perigi
- Air Terjun Batu Hampar
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Air Terjun Putri Mandi
Jom Lihat Review Pengunjung di Air Terjun Putri Mandi
Fantastic. Mustafa Ibrahim.
It’s good, all great. Akmal Hanif Mat Sah.
Ketenangan maksima dengan keindahan alam semulajadi yang belum tercemar. Darul Islah.
Airnya amat jernih dan persekitaran yg amat bersih. Mohd Zamzuri Ariffin.
Pemandangan yang menarik. Hanif Kahar.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.sobriyaacob.com kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan menarik. Gambar-gambar yang dikongsikan juga sangat menarik. Admin pasti pembaca akan tertarik untuk datang ke air terjun ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Air Terjun Putri Mandi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Air Terjun Putri Mandi.