Air Terjun Lata Janggut Tempat Menarik di Jeli Kelantan

3777

Air Terjun Lata Janggut

Assalamualaikum. Salah satu daripada kawasan pelancongan yang terdapat di Jajahan Jeli adalah Air Terjun Lata Janggut. Lata Janggut terletak kira-kira tujuh kilometer dari bandar Jeli. Ianya telah menjadi tempat menarik di Jeli kerana keindahan alam semulajadinya yang mampu menarik perhatian pelancong tempatan mahupun pelancong luar.

Air terjun ini telah dimajukan oleh Ketua Jajahan Jeli dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan KESEDAR. Terdapat ebberapa kolam mandi yang selamat untuk dijjadikan tempat mandi manda. Kolam ini terbentuk daripada batu batu di jeram itu.

Lata Janggut ini amat sesuai untuk mereka yang suka menikmati alam semulajadi yang dipenuhi flora dan fauna. Ketinggian air terjun di lata janggut ini adalah setinggi tiga tingkat dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat beriadah bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan.

Jika anda datang ke daerah Jeli dan ingin mencari tempat riadah bersama kelarg, boleh datang ke lata ini. Anda pasti akan berpuas hati dengan keindahan alam di sini.Admin yakin anda dapat berehat daripada segala masalah dan lari daripada kesibukan kota. Bunyian unggas dan lambaian pohon seperti menyambut kedatangan anda ke sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! AIR TERJUN LATA JANGGUT MENJADI TUMPUAN ORANG RAMAI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

Dapatkan Info Menarik di Air Terjun Lata Janggut

Kemudahan yang disediakan

  • Tempat mandi yang selamat
  • Tandas awam
  • Wakaf
  • Surau
  • Tempat perkhemahan dan tempat letak kereta

Aktiviti Yang Boleh dijalankan

  • Mandi manda di air terjun yang selamat
  • Junggle Trecking
  • BBQ

Tarikan

  • Keindahan alam semulajadi yang terdiri dari flora dan fauna
  • Alam semulajadi yang tidak tercemar dengan arus pembangunan.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Air Terjun Lata Janggut

Jom Lihat Review Pengunjung di Air Terjun Lata Janggut

Beautiful place, good for release tension. Yana Irfan.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.orangkelantan.com, www.come2kelantan.my azmirelatif-4.blogspot.my dan www.mkstreet.my kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan gambar yang sangat menarik. Ternyata Lata Janggut ini sangat sesuai untuk sesiapa yang mahu tenagkan fikiran daripada kesibukan kota dan kerja.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Air Terjun Lata Janggut, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Air Terjun Lata Janggut.

Facebook Comments