Assalamualaikum. Air Terjun Lata Berangin terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Kuala Krai dan sangat mudah utuk dikunjungi. Lata Berangin ini mempunyai air terjun setinggi 120 meter dan telah menjadi tempat menarik di Kuala Krai dan menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri. Kolam yang terdapat di kawasan tersebut juga selamat untuk aktiviti mandi-manda.
Air terjun ini dikatakan diberi nama Lata Berangin kerana angin yang terdapat di kawasan kolam utama air terjun tersebut. Menurut pengunjung, udara di kawasan Lata Berangin ini sangat nyaman dan sesuaI untuk dijadikan sebagai destinasi riadah bersama keluarga.
Selain itu, kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai untuk dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan.
Seperti kebanyakan air terjun di kawasan yang lain, panorama yang terdapat di Lata Berangin ini juga tidak kurang hebatnya. Terdapat pelbagai spesies flora dan fauna yang menghiasi alam sekeliling yang tidak jemu mata memandang. Suasana di Lata Berangin ini juga tenang dan jauh dari kesibukkan bandar.
Anda boleh merancang untuk datang ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini apabila sampai di daerah Kuala Krai. Di sini juga merupakan tempat yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan minda khususnya bagi mereka yang ingin melepaskan diri daripada bebanan kerja dan tekanan hidup di bandar. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
COOL! AIR TERJUN LATA BERANGIN TEMPAT TARIKAN UTAMA DI KUALA KRAI
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
Alamat :Â Jalan Kuala Krai – Gua Musang, 18000, Kuala Krai, Kelantan.
Nombor Telefon : 013-626 2144
Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Air Terjun Lata Berangin
Kemudahan
Kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda
Tapak perkhemahan secara berkumpulan
Tarikan
Pelbagai spesis flora dan fauna
Suasana yang tenang
Jauh dari hiruk-pikuk kota udara yang nyaman
Keadaan kawasan semulajadi yang masih belum lagi tercemar
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Air Terjun Lata BeranginÂ
Jom Lihat Review Pengunjung di Air Terjun Lata Berangin
Its a good place to hangout in the weekends. Muhd Badhril.
Great place to discover nature. alimiey miez.
Nice Picnic Place. G H S.
Air terjunnya amat tinggi.Ada kolam semulajadi yang luas di bawahnya. Sesuai untuk mereka yang suka berenang di sungai. Adib Faisal Yaacob.
Tempat yang menarik untuk dikunjungi, air yg jernih. nazirah airazara.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.come2kelantan.my dan www.orangkelantan.com kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan membantu. Admin sangat sarankan anda semua datang ke mari apabila sampai di Kelantan. Anda pasti akan berpuas hati.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Air Terjun Lata Berangin, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Air Terjun Lata Berangin.