Air Terjun Jeram Pasu Lokasi Menarik Berkelah di Pasir Puteh Kelantan

air-terjun-jeram-pasu-pasir-puteh

Assalamualaikum. Sebelum ini kita telah berkongsi beberapa tempat menarik di Kelantan. Hari ini kami ingin kongsikan sesuatu yang lebih menarik insyaAllah iaitu tempat berkhelah keluarga yang sangat cantik. Nama tempat ini ialah air terjun Jeram Pasu.

Sebenarnya ini adalah kawasan kampung admin sendiri. Jadi kami sangat teruja untuk kongsikan apa yang menarik di kawasan ini. Sebelum ini mari kita perkenalkan serba sedikit mengenai Jeram Pasu ini. Air terjun jeram pasu ini sebenarnya terletak di jalan masuk Padang Pak Amat dan terus ke dalam melalui Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (Perempuan).

Dari jalan besar Pasir Puteh – Kota Bharu ianya mungkin mengambil masa dalam 5 minit untuk sampai kesana. Jalannya pula lebar dan berturap baik. Sebenarnya, Air Terjun Jeram Pasu ini merupakan pusat rekreasi yang paling awal dibuka di kawasan Pasir Puteh. Terletak lebih kurang 16 km dari Bandar Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu.

Kawasan Jeram Pasu ini sebenarnya boleh dikatakan tempat yang tidak banyak berubah dari dahulu sampailah sekarang. Jika ada perubahan ianya tidaklah terlalu besar. Kali terakhir pergi ke Jeram Pasu kami terasa sangat seronok kerana kawasan ini sangat bersih dan terjaga cantik. Oleh sebab itu, kami telah memutuskan untuk memasukkan Jeram Pasu kedalam lokasi dna destinasi menarik di dalam Peta Tempat Menarik ini.

Mari Kita Terjah Lokasi Menarik Air Terjun Jeram Pasu di Pasir Puteh Kelantan

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jeram Pasu, Padang Pak Amat, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Air Terjun Jeram Pasu

Kemudahan yang Lengkap dan Percuma

  • Surau
  • Tandas
  • Bilik persalinan
  • Wakaf-wakaf
  • Gerai menjual air dan makanan segera seperti pisang goreng dan keropok lekor goreng
  • Tempat letak kereta juga disediakan

Kolam Mandi Mengikut Umur

Jeram Pasu ini sebenarnya mempunyai banyak pembahagian kawasan. Untuk keluarga biasanya mungkin sesuai dikawasan luar kolam mandi iaitu kawasan berpasir. Bagi kanak-kanak pula sesuai untuk mandi di kolam yang lebih kecil iaitu di sebelah kanan.

Jika sudah dewasa, maka kolam kiri sangat sesuai. Kolam kiri ini mempunyai 1 pembahagi pula yang menjadikan ianya seperti 2 buah kolam. Namun begitu apa yang paling menarik ialah kolam dewasa ini mempunyai 1 gelongsur air yang agak panjang. Gelongsur air ini bermula dari kawasan kolam tingkat atas kemudian terus turun ke kolam dewasa.

Jika sukakan air yang dalam dan mencabar, maka lokasi kolam tingkat atas dengan air terjunnya sendiri adalah sangat berbaloi untuk dicuba. Disini merupakan kawasan yang agak bahaya namun jika ramai dan pandai berenang mungkin anda boleh cuba mandi disini.

Tarikan & Aktiviti Menarik Boleh di Lakukan di Jeram Pasu

  • Mandi-manda
  • Keindahan flora dan fauna
  • Sesuai untuk aktiviti santai keluarga pada hujung minggu
  • Jungle Trekking
  • Memancing ikan sungai/ ikan air terjun

Perkongsian Menarik Iaitu Tangkap Ikan & Udang dengan Mudah di Jeram Pasu

Perkongsian ini admin dapat dari sebuah website pendidikan iaitu Sistem Guru Online yang berkongsi cerita bagaimana cikgu ini dapat menangkap ikan dan udang dengan mudah untuk bermain dengan anak kecilnya. Bagi admin ianya sangat menarik. Jadi kami pilih untuk kongsikannya disini.

Jika ingin tahu lebih lanjut caranya, anda semua boleh mendapatkan info lengkap di sini :

Jom Saksikan Keindahan Panorama Air Terjun Jeram Pasu

air terjun jeram pasu pasir puteh air terjun jeram pasu pasir puteh air terjun jeram pasu pasir puteh air terjun jeram pasu pasir puteh

Jom Lihat Review Pengunjung di Air Terjun Jeram Pasu

Secara jujurnya saya sangat seronok dapat mandi di Jeram Pasu ini. Ianya menggamit memori lama ketika masih kanak-kanak dahulu datang kesini untuk mandi-manda pada hujung minggu. Mengayuh basikal selama 1 jam itu terasa sekejap sahaja kerana terlalu seronok dan teruja untuk mandi. Mohd Afizi bin Md Ali.

Isu kebersihan. Sampah melonggok. Air jeram yang cantik tapi dicacatkan oleh sikap pengunjung. Majlis Daerah Pasir Puteh patut buat kerja sikit. Jaga kebersihan. Rosli.

Best jeram pasu ini. Sesuai untuk tempat pelancongan. Kalau boleh, jagalah alam sekitar supaya nampak bersih tempat kita. Mohd Aiman.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kami ucapkan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Gambar-gambar adalah diambil dari google dan website SGO dan website perlancongan Kelantan. Terima kasih.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Air Terjun Jeram Pasu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Air Terjun Jeram Pasu.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous article9 Tempat Menarik di Besut Paling Glamour yang Wajib di Lawati Jika Bercuti disini
Next articleSungai Klah Hot Spring Tempat Menarik Di Perak
air-terjun-jeram-pasu-lokasi-menarik-berkelah-di-pasir-puteh-kelantanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!