Air Terjun Durian Perangin Tempat Menarik di Langkawi

1069

air terjun durian perangin

Assalamualaikum. Ingin bersantai bersama keluarga? Terdapat banyak tempat yang dapat kita santai bersama keluarga dan rakan-rakan di Langkawi. Antaranya ialah Air Terjun Durian Perangin yang merupakan tempat menarik di Pulau Langkawi. Anda pasti teruja dengan keajaiban air terjun disini yang sangat cantik.

Terletak dalam Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi. Lokasi hutan lipur ini disempadani oleh beberapa kawasan perkampungan dengan dusun buah-buahan milik penduduk tempatan. Tarikan utama Air Terjun Durian Perangin ini adalah, ia mempunyai 14 peringkat air terjun dan batu-batannya yang unik. Ianya sesuai untuk berkelah, berehat dan aktiviti rekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Durian Perangin Waterfall ni juga ada sediakan banyak pondok-pondok untuk kegunaan pengunjung. Jadi tidak perlu risau untuk membawa kanak-kanak datang disini kerana ada tempat untuk berteduh. Pengunjung juga boleh membawa makanan untuk berkelah sambil menikmati pemandangan air terjun yang sangat cantik. Kalau ada yang mahu membuat barbeque, ada disediakan tempat untuk memanggang di sini.

Rancanglah aktiviti anda di Air Terjun ini bagi mengalami pengalaman yang luar biasa. Kesegaran dan keindahan flora dan fauna disini akan membuatkan anda tenang daripada kesibukan bandar. Disini juga boleh dijadikan tempat mengeratkan lagi silaturahim antara ahli keluarga dengan aktiviti berkelah dan mandi manda. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini, semoga bermanfaat.

BERIADAH DI AIR TERJUN DURIAN PERANGIN LANGKAWI YANG MENAKJUBKAN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 12-476 0403
  • Waktu Operasi : Buka 24 Jam
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Air Terjun Durian Perangin Langkawi

Aktiviti Menarik

Aktiviti menarik di sini ialah segarkan diri dengan mandi manda di air terjun. Ibu bapa perlu awasi anak-anak yang mandi manda. Air terjun disini sangat cantik dan air juga sangat jernih.

Selain itu, disini juga anda boleh berkelah dan membuat aktiviti BBQ. Makanan perlu dibawa sendiri. Pasti seronok makan bersama-sama dengan melihat keindahan flora dan fauna di Air Terjun ini.

Tidak jauh daripada tempat parking kereta, ada dibina beberapa kedai-kedai yang menjual cenderamata. Ada menjual barang seperti topi, cermin mata, pelampung, aksesori dan macam-macam lagi. Pelampung perlu dibeli kepada kanak-kanak sebagai keselamatan semasa mandi manda.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Air Terjun Perangin Langkawi

Jom Lihat Review Pengunjung di Air Terjun Durian Perangin Langkawi

It is a must watch waterfall in Langkawi. Situated close to the mangrove boating location, both can even be clubbed if there is a lack of time. Pranav Haridas.

It’s really easy to get up thosee stairs, just a little effort. In the end you get a really nice and cosy place. Pan Necro.

Lovely place, perfect family experience as easy accessible, price worthy, interesting natural relaxing cascade with some natural pools. Rhodora Baguio.

Excellent Natural Waterfall. One can take a bath here cold running water. Just Awesome. Good for any age having steps to climb. Afzal Hunani.

Amazing falls with great views . We were all alone and enjoyed the maxm. Habib ws.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.mplbp.gov.my dan www.sabreehussin.com kerana telah berkongsi maklumat dan gambar mengenai tempat ini. Laman web ini banyak menolong admin untuk membuat ulasan mengenai tempat ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Air Terjun Durian Perangin , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Air Terjun Durian Perangin.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleMuzium Seni 3D Tarikan Pelancong di Pulau Langkawi
Next articlePantai Cenang Tarikan Pelancong Ke Langkawi