Air Terjun 5 Tingkat di Hutan Lipur Lata Tembakah Tempat Berkelah di Besut

6393

Air Terjun 5 Tingkat di Hutan Lipur Lata Tembakah Tempat Berkelah di Besut

Assalamualaikum. Sebelum ini kita dah lihat pelbagai tempat menarik di Besut dan antaranya ialah air terjun lata belatan. Kali ini juga kami ingin kongsikan tempat menarik di Terengganu iaitu Lata Tembakah.

Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Jertih, Terengganu. 24 km dari Bandar Jertih melalui Jalan ke Kuala Terengganu – Jertih dan 130 km dari Kuala Terengganu. Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di dalam Hutan Simpan Pelagat yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, bermalam dan lain-lain aktiviti di hutan lipur, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur Dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung.

Menarik bukan? Lokasi Air Terjun Lata Tembakah juga telah dimasukkan kedalam Peta Tempat Menarik ini. Jangan lupa, jom kita terjah sama-sama.

Air Terjun Lata Tembakah Merupakan Air Terjun 5 Tingkat Paling Awesome

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Besut, 22010, Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon :  019-966 2867
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Hutan Lipur Lata Tembakah

Jom Mandi-manda di Air Terjun 5 Tingkat Lata Tembakah

air terjun lata tembakah

Tengok sahaja air mengalir jernih macam ini pasti buat kita teruja betul tak? Sangat menarik ya. Air disini yang bersih dan sejuk memang membuat kita teruja ingin mandi. Tak percaya, jom mari kita mandi sini.

Peringatan Kepala Air Merbahaya di Lata Tembakah

kepala air di air terjun lata tembakah

Kepala air, kenal tak? Ok peristiwa kepala air ini sebenarnya permulaan air lajur derah yang disebabkan hujan pada bahagian hulu sungai iaitu di atas bukit. Biasanya keadaan di bawah iaitu di kawasan air terjun masih belum hujan. Oleh sebab itu jika nampak awan gelap datang, maka segeralah naik kerana awan gelap itu mungkin sudah menurunkan hujan di kawasan atas bukit.

Kepala air ini merbahaya sebab ianya merupakan aliran air yang deras dan membawa lumpur dan kayu. Aliran air yang laju ini menyebabkan mereka yang dihanyutkan air tidak dapat berenang dan lemas. Kayu-kayu yang hanyut juga menambah lagi masalah dan bahaya. Jadi beringatlah ok!

Jom Saksikan Keindahan Panorama Air Terjun 5 Tingkat Lata Tembakah

Jom Lihat Review Pengunjung di Lata Tembakah

Water fall here are awesome. Stunning view. Great for picnic. Must carefull if you really want to swimming. Some area got more than 4 meters depth & there prohibit signage for swiming at that spot. Select a safe spot & having more fun! Zulfadli Ibrahim.

Very nice place for outdoor activities. The waterfall is absolutely stunning and cool. Ahmad Syakir Saad.

Hutan Lipur Lata Tembakah or Recreational Forest of Lata Tembakah which was develops in the years 1986 are located in the Forest Reserve of Simpan Pelagat in Besut. Which is about 25km from Pekan Seri Langkap or 130km from Kuala Terengganu. Lata Tembakah is one of the most famous recreational forests in Terengganu as it is the home of the famous Lata Tembakah Waterfall and are the only forest which are majority and concentrate by the Meranti and Keruing tree. The Lata Tembakah waterfall is an 50 m high waterfall which formed seven beautiful -tiered cascading level of waterfall. Which created an unique landmark to Hutan Lipur Lata Tembakah. With a beautiful pool on each of the seven – tiered waterfall. Beside the waterfall, there are also many rapids and small pond which are suitable for swimming, bathing and playing in the water. Every visitor including nature and adventure lovers will enjoy the jungle trekking activities along the trek and the overhang bridge. The trek and trail are well organise by the Forestry Department, to educated the many layman of the many flora and fauna that can be found in the forest and its benefit and the important of conservation of the forest and its effect to human kind. Palie Massa.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah. Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Hutan Lipur Lata Tembakah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Hutan Lipur Lata Tembakah.

Facebook Comments