

Assalamualaikum. Kali ini sekali lagi kami nak bawa anda semua ke satu lagi tempat menarik di Terengganu. Namun begitu lokasi kali ini adalah sedikit dalam dan agak jauh dari bandar. Namun begitu percayalah bahawa ianya pasti memberikan anda kepuasan.
Kali ini kami ingin membawa anda ke satu tempat yang menarik iaitu ke Kolam Air Panas La Hot Spring. La Hot Spring ini terletak di Jerteh dimana anda boleh melalui jalan dari sana dan terus menuju ke kolam air panas ini.
Jarak perjalanan ke La Hot Spring dari bandar Jerteh ini pula rasanya tidaklah terlalu jauh mungkin tidak sampai 1 jam perjalanan. Jadi, sambil-sambil menyusuri perjalanan yang agak lama itu jangan stress sebaliknya nikmatilah pemandangan desa dan flora dan fauna yang anda sempat lihat.
Lokasi Kolam Air Panas La Hot Spring ini juga telah dikongsikan di dalam Peta Tempat Menarik ini.
La Hot Spring Kawasan Air Panas yang Menyegarkan
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Sungai Peng, 22010 Jerteh, Terengganu, Malaysia
- Nombor Telefon :Â +60 13-976 5723
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Air Panas La Hot Spring Kawasan Mandi Air Panas yang Hebat di Besut
Aktiviti Sesuai di Sini
Sudah semestinya berendam di dalam air panas akan melegakan badan terutama bagi mereka yang tegang-tegang uratnya. Pasti ianya satu sesi spa yang sangat hebat kerana ianya adalah semulajadi.
Bagi mereka yang susah untuk mandi-manda seperti kaum wanita, mungkin merendamkan kaki adalah aktiviti yang sesuai. Duduk sahaja tepi tebing atau tepi kolam yang tersedia, masukkan kaki anda dan relax.
Aktiviti Dilarang dilakukan di Kawasan La Hot Spring
Seperti semua dapat dilihat. Paling penting jangan rebus telur ya! Kenapa? Cuba anda tinggalkan komen kenapa aktiviti merebus telur adalah dilarang.
Jom Saksikan Keindahan Air Panas La Hot Spring Kawasan Mandi Air Panas yang Hebat di Besut
Jom Lihat Review Pengunjung di Air Panas La Hot Spring
At Hot Spring, there was a musalla, to muslims prayer and also have chalet to rent when coming here. Amir Farhan.
Nice place for trip travel to see you enjoy. Muhamad Syamsul.
Hot spring is excellent in the natural area. Good management with several types of lodging facilities is done by the local authority. The water quality is monitored regularly by the local health department. Suria Sulaiman.
This place was very beautiful and almost litter free. Signages everywhere reminding public to keep the place clean.It was a “Hot Waterfall”. Water gets hotter as we ascend the stairs. Palie Massa.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, sekiranya anda mempunyai pengalaman di Air Panas La Hot Spring, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah. Akhir kata terima kasih kepada mereka yang kongsikan review di dalam google maps dan sumber-sumber gambar dari google.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Air Panas La Hot Spring.