9 Tempat Menarik di Besut Paling Glamour yang Wajib di Lawati Jika Bercuti disini

9 tempat menarik di besutAssalamualaikum. Nampaknya sudah banyak tempat menarik di Terengganu yang telah kami kongsikan. Hinggakan untuk daerah Besut sahaja ada 9 Tempat Menarik yang memang sangat awesome kalau anda pergi.

Jadi, apa 9 tempat itu sebenarnya? Sabar, sebelum kita pergi details satu persatu kami harap anda semua dapat kongsikan post ini kepada rakan-rakan anda di facebook ya. Mudah sahaja, tekan butang share.

Baiklah berikut kami kongsikan satu persatu. Semoga bermanfaat untuk anda. Ingat ya ini senarai untuk tempat menarik, bukannya tempat makan yang sedap. Untuk tempat makan insyaAllah akan kami kongsikan di dalam post lain insyaAllah.

Anda Nak Tahu Apa 9 Tempat Menarik di Besut Paling Glamour yang Wajib di Lawati Jika Bercuti disini

  1. Air Terjun 5 Tingkat di Hutan Lipur Lata Tembakah Tempat Berkelah di Besut

Air Terjun 5 Tingkat di Hutan Lipur Lata Tembakah Tempat Berkelah di Besut

Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Jertih, Terengganu. 24 km dari Bandar Jertih melalui Jalan ke Kuala Terengganu – Jertih dan 130 km dari Kuala Terengganu. Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di dalam Hutan Simpan Pelagat yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, bermalam dan lain-lain aktiviti di hutan lipur, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur Dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. Menarik bukan? Jangan lupa, jom kita terjah sama-sama.

2. Jom Rasai Ketenangan Hutan Lipur Air Terjun Lata Belatan yang Menyegarkan

Mana-mana pengunjung yang memasuki kawasan ini atau beraktiviti secara bermalam perlu mendapat kebenaran Pegawai Penguasanya. Terlatak di Kampung Kuala Kubang dan 5km dari jalan utama Jertih – Kuala Terengganu (melalui Kg. Jabi. Tempat ini popular kerana ianya merupakan pintu masuk utama untuk pendakian ke Puncak Gunung Tebu (Jarak – 7088m). Puncak Gunung Tebu hanya 1,031m tetapi puncaknya merupakan hutan gunung dengan bermula hutan Dektokarpa pamah. Puncak ini juga dipanggil “Puncak Tanduk Singa Bertala”.

3. Air Panas La Hot Spring Kawasan Mandi Air Panas yang Hebat di Besut

kolam-air-panas-la-hot-spring-besut

La Hot Spring ini terletak di Jerteh dimana anda boleh melalui jalan dari sana dan terus menuju ke kolam air panas ini.

Jarak perjalanan ke La Hot Spring dari bandar Jerteh ini pula rasanya tidaklah terlalu jauh mungkin tidak sampai 1 jam perjalanan. Jadi, sambil-sambil menyusuri perjalanan yang agak lama itu jangan stress sebaliknya nikmatilah pemandangan desa dan flora dan fauna yang anda sempat lihat.

4. Pantai Air Tawar Satu Destinasi Tempat Menarik yang Santai di Besut

pantai-air-tawar-besut

Pantai Air Tawar ini sebenarnya adalah hanya bersebelahan sahaja dengan Pantai Bukit Kluang. Ianya juga terletak bertentangan dengan Pulau Rhu yang menjadi tempat kegilaan ramai anak-anak muda untuk snorkeling dan menaiki banana bot. Melalui jalan di tepi Pantai Air Tawar ini pula ialah Jeti Pusat Perikananan LKIM Besut yang menjadi tempat wajib singgah kepada orang dewasa membeli ikan-ikan segar dan murah disini.

5. Keindahan Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih dibina Tanpa Sebarang Paku

masjid kayu ulul albab jerteh

Pelawat yang melalui bandar Jertih di Besut melalui jalan utama akan dapat melihat struktur kayu yang luar biasa ini. Dibina antara 2009 dan 2011, ia telah dinamakan semula dari Masjid Kayu Seberang Jertih ke Masjid Ulul Albab oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Februari 2012 ketika masjid itu dirasmikan. Direka dan dibuat oleh tukang kayu tempatan terkenal bernama Wan Mustafa Wan Su, masjid ini merupakan masjid pertama di negeri ini yang akan dibina mengikut konsep seni bina Melayu tradisional.

6. Singgah Beli Ikan Murah & Segar di Jeti Kompleks Perikanan LKIM Besut Terengganu

Singgah Beli Ikan Murah & Segar di Jeti Kompleks Perikanan LKIM Besut Terengganu

Kedudukan strategik di muka muara dan berdekatan dengan pekan Besut menjadikan jeti ini sangat meriah. Ya, meriah dengan pemborong dan perucint yang datang dari segenap tempat terutamanya dari Kelantan dan Terengganu.

Tempat yang penuh dengan hasil tangkapan laut yang segar seperti ikan, sotong, udang, ketam yang setiap satunya terdiri dari pelbagai jenis. Malah, bukan sahaja kesegaran hasil tangkapan yang pelbagai kita boleh perolehi disini, tetapi dek kerana harganya yang sangat murah menjadikan jeti ini begitu sibuk dengan pengunjung sejak awal subuh lagi.

7. Jom Cuba Luncur Udara Paragliding di Kota Putera yang Bertaraf Dunia

luncur udara di paragliding kota putera park

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu aktiviti paragliding atau sukan luncur udara ini rasanya mudah sahaja untuk jelaskan. Paragliding ataupun Luncur Udara adalah satu cara yang paling mudah serta paling popular bagi manusia untuk melakukan penerbangan dengan menggunakan Payung Luncur dan dilancarkan menggunakan kaki. Ianya merupakan evolusi pesawat canggih yang senang dibawa, diterbangkan dan mendarat dimana-mana sahaja yang sesuai. Paragliding juga boleh membawa juruterbang ke lokasi tertentu atau melakukan perkara-perkara tidak seperti kenderaan lain.

Payung luncur yang digunakan bagi aktiviti ini diasaskan daripada Payung Terjun Kanopi dan dibina daripada fabrik Rip-stop Nilon yang berprestasi tinggi serta juruterbang (Pilot) pula akan tergantung menggunakan ikatan tali Kevlar yang kuat.

8. Mendaki Bukit Kluang di Besut Terengganu Aktiviti Riadah yang Menyeronokkan

mendaki-bukit-kluang-besut

Ya, antara yang mengunjungi Bukit Kluang ini adalah terdiri daripada orang persendirian, kumpulan kakitangan kerajaan atau swasta, murid sekolah, mahasiswa dan ramai lagi. Semuanya berkerumun di Bukit Kluang seawal sebelum subuh lagi untuk mendaki dan berada di puncak bukit seawal yang boleh bagi menyaksikan sendiri keindahan matahari terbit.

Percayalah, pemandangan diatas sana sangat cantik terutama ketika awal pagi.

9. Snorkeling dan Menaiki Banana Bot di Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu

Snorkeling dan Menaiki Banana Bot di Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu

Lokasi strategik diluar bandar dengan pelbagai tarikan lain menjadikan Pantai Bukit Kluang ini begitu cepat terkenal. Admin sendiri tinggal disana, belajar di MRSM Ulul Albab Kota Putra yang hanya sebelah Pantai Bukit Kluang sahaja yang menyebabkan setiap perkembangan kawasan ini jelas dapat dinilai dan diperhatikan dengan dekat.

Bermula dengan keindahana pantai yang bersih dan menarik kerana ditepinya ada sebuah bukit yang sangat besar menjadikan ianya kawasan terlindung dan teduh dari sinaran matahari pada sebelah pagi. Kemudian timbul pula aktiviti mendaki bukit iaitu Bukit Kluang yang betul-betul berada di tepi pantai menjadikan ianya sangat tular. Keindahan matahari terbit dan lokasi yang sesuai menjadikan ianya sebagai satu tempat atau pilihan untuk dijadikan lokasi aktiviti riadah.

Jom Lawati Negeri Terengganu

Alhamdulillah nampaknya itu sahaja perkongsian kami kali ini. Memang sangat banyak lagi tempat menarik yang ada di Terengganu. Keindahan yang ada di negara kita ini sebenarnya banyak yang belum diketengahkan lagi.

InsyaAllah lain kali kita akan cuba untuk kongsikan tempat-tempat baru lagi.

 

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleAir Terjun 5 Tingkat di Hutan Lipur Lata Tembakah Tempat Berkelah di Besut
Next articleAir Terjun Jeram Pasu Lokasi Menarik Berkelah di Pasir Puteh Kelantan
9-tempat-menarik-di-besut-paling-glamour-yang-wajib-di-lawati-jika-bercuti-disiniSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!