15 Tempat Menarik di Malaysia Seluruh Negeri Wajib Pergi!

15 Tempat Menarik di Malaysia Seluruh Negeri Wajib Pergi!
15 Tempat Menarik di Malaysia Seluruh Negeri Wajib Pergi!

Jalan-jalan di luar negara pastinya satu perkara yang sangat menyeronokkan. Dapat merasai pengalaman baru, budaya baru, makanan yang pelbagai, sosial yang berbeza, tahap pemikiran yang berbeza, dan banyak lagi perkar baru yang akan anda dapat rasainya. Ya, itulah sebenarnya yang menarik bagi admin yang pernah pergi ke beberapa negera luar.

Namun, tepuk dada tanya selera. Adakah semua tempat menarik di Malaysia kita sudah sampai?

Admin sendiri masih banyak tempat yang belum sempat admin pergi. Jadi kali ini admin ingin kongsikan 15 tempat menarik di hampir setiap negeri di seluruh Malaysia. Jom kita terjah! Kalau dah sampai tempat-tempat yang admin share ini jangan lupa komen dan tinggalkan review anda ya.

Tempat Menarik di Selangor

Farm In The City Seri Kembangan Selangor Destinasi Wajib ke Selangor!

Farm in The City Tempat Menarik di Seri Kemangan Selangor
Farm in The City Tempat Menarik di Seri Kemangan Selangor

Alamat Farm in The City

  • Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Apa yang Menarik di Farm in The City?

Ok semestinya ramai yang belum tahu apa yang kita boleh buat di tempat menarik kali ini kan. Jadi untuk pendedahan awalnya ialah, Farm in The City ini memang sangat berkongsepkan kepuasan, kasih sayang pada binatang dan pengalaman.

Ini semua dapat kita lihat melalui aktiviti yang ada di Farm in The City terutama sekali bermain dengan burung, bagi binatang makan, info-info menarik dan sebagainya.

Pendek kata memang menyeronokkan. Terutama sekali yang berkeluarga! Anak-anak yang mulanya mungkin takut dengan binatang mungkin selepas ini akan bertukar lebih tertarik kepada binatang dan dapat bermain dengan mereka. Seronok sangat!

Mari kita lihat apa yang menarik di Farm In The City Tempat Menarik di Seri Kembangan Selangor.

Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Jom Luang Masa Bersama Keluarga di Upside Down House KL yang Menyeronokkan!

Upside Down House Kuala Lumpur Tempat Menarik Terbaru di KL Tower
Upside Down House Kuala Lumpur Tempat Menarik Terbaru di KL Tower

Alamat Upside Down House Kuala Lumpur

  • Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Apa yang Menarik di Upside Down House Kuala Lumpur?

Disini semestinya anda boleh tangkap gambar, boleh rakam video dan bermacam lagi. Pelbagai gaya, aksi dan telatah boleh kita lihat bila ramai yang nak berposing dan berselfie di dalam rumah terbalik ini.

Perlu diingatkan, ini rumah betul-betul terbalik ya, dan bukan “shoplot”. Memang dari segi reka bentuk, susun atur peralatan, dan suasana anda akan rasai perbezaannya. Apa lagi jom la!

Nota :

# Lawatan Sekolah / IPTA / IPTS (Harga Menarik)
# Lokasi Rumah Terbalik sesuai untuk drama/lakonan dan juga photo wedding.
# Driver Bus & Pemandu Teksi – Komisen

Pendek kata memang menyeronokkan. Terutama sekali yang berkeluarga! Anak-anak yang mulanya mungkin takut dengan binatang mungkin selepas ini akan bertukar lebih tertarik kepada binatang dan dapat bermain dengan mereka. Seronok sangat!

Lihat apa yang menarik di Upside Down House Kuala Lumpur Tempat Menarik Terbaru di KL Tower.

Tempat Menarik di Putrajaya

Taman Botani Presint 1 Putrajaya Tempat Riadah Keluarga yang Menenangkan!

Taman Botani Putrajaya Tarikan Riadah Tempat Menarik di Putrajaya
Taman Botani Putrajaya Tarikan Riadah Tempat Menarik di Putrajaya

Alamat Taman Botani Putrajaya

  • Taman Botani Putrajaya, Presint 1, 62000 Putrajaya

Apa yang Menarik di Taman Botani Putrajaya?

Pastinya ramai nak tahu apa aktiviti yang menarik dapat dilakukan di sini. Jadi untuk itu kita kena tahu dulu keadaan sebenar Taman Botani Putrajaya ini. Sebenarnya, Taman Botani, Putrajaya merupakan sebuah taman botani buatan manusia yang menempatkan ribuan spesis tumbuhan dalam dan luar negara.

Taman Botani ini terbahagi kepada 3 bahagian dan anda boleh menyewa basikal disini atau menaiki tram untuk mengelilingi taman ini. Pokok yang ditanam juga disertakan dengan informasi saintifik bagi memudahkan pengunjung mengenali asal usul pokok dan tumbuhan. Antara yang menjadi tarikan disini adalah di “Floral Garden” dimana disini menempatkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelusuk dunia.

Taman Botani Putraja ini merupakan satu tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga melihat keindahan pokok-pokok dan bunga secara lebih dekat.

Lihat apa yang menarik di Taman Botani Putrajaya Tarikan Riadah Tempat Menarik di Putrajaya.

Tempat Menarik di Negeri Sembilan

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon dalam Negara yang Mengasyikkan!

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon dalam Malaysia
Keindahan the Dusun menjadi pilihan tempat honeymoon dalam negara terbaik

Alamat the Dusun

  • 3437, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Apa yang Menarik di the Dusun?

Apa yang menariknya di guesthouse the Dusun ini? Tepuk dada tanya selera! Sudah semestinya menikmati saat-saat yang menenangkan dengan keindahan alam semula jadi flora dan fauna dengan kemudahan guesthouse yang tiptop. Ada kolam renang, tempat rehat, katil yang selesa, dan bermacam lagi.

Lihat apa yang menarik di the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon yang Romantik.

Tempat Menarik di Melaka

The Pirate Adventure Membawa Pengalaman Dunia Lanun Terhebat di Melaka!

The Pirate Adventure Tempat Menarik di Melaka untuk rasai pengalaman pengembaraan lanun.
The Pirate Adventure Tempat Menarik di Melaka untuk rasai pengalaman pengembaraan lanun.

Alamat The Pirate Adventure

  • Lokasi The Adventure Pirate Melaka terletak di Melaka Alive, Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka

Apa yang Menarik di The Pirate Adventure

Pastinya ramai tertanya-tanya apa aktiviti menarik yang dapat dilakukan The Adventure Pirate Melaka ini betul tak? Jawapannya mudah sahaja, anda bakal merasai satu pengalaman dunia lanun yang menyeronokkan!

Lihat apa yang menarik di The Pirate Adventure Tempat Paling Menarik Wajib Pergi di Melaka.

Tempat Menarik di Perlis

Gua Kelam Perlis Tempat Menarik Sebagai Tempat Percutian Bajet yang Hebat!

Gua Kelam Perlis Tempat Menarik Sebagai Tempat Percutian Bajet yang Hebat
Gua Kelam Perlis Tempat Menarik Sebagai Tempat Percutian Bajet yang Hebat

Alamat Gua Kelam Perlis

  • Gua Kelam (Cave Kelam) yang terletak kira-kira 33 km ke utara Kangar, ibu negeri Perlis, berhampiran dengan sebuah bandar kecil bernama Kaki Bukit (Foot Hill). Ia berkongsi sempadan dengan Nakawan Range Thailand.
  • Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis, Malaysia.

Apa yang Menarik di Gua Kelam Perlis?

Pastinya ramai tertanya-tanya apa aktiviti menarik yang dapat dilakukan di Gua Kelam ini. Aktiviti yang best sudah semestinya menikmati panorama berjalan di atas laluan pejalan kaki bertemankan deruan air yang jernih di dalam gua!

Lihat apa yang menarik di Gua Kelam Perlis Tempat Menarik Sebagai Tempat Percutian Bajet yang Hebat.

Tempat Menarik di Kedah

Awesome dan Terbaik! Itulah Hutam Lipur Sungai Sedim Sebagai Tempat Percutian dan Rekreasi Air

Tree Top Walk Hutan Lipur Sungai Sedim Tempat Percutian & Rekreasi Air Terbaik
Tree Top Walk Hutan Lipur Sungai Sedim Tempat Percutian & Rekreasi Air Terbaik

Alamat Tree Top Walk Hutan Lipur Sungai Sedim

  • Kampung Sedim Karangan, Kedah, 09000, Kulim, Kedah, 09700 Karangan, Kedah

Apa yang Menarik di Hutan Lipur Sungai Sedim?

Aktiviti di Hutan Lipur Sungai Sedim ini sebenarnya ada sangat banyak. Sama ada anda nak ke Tree Top Walk untuk berjalan di kanopi untuk melihat flora dan fauna atau ingin melakukan aktiviti air. Jadi kami nak share tentang beberapa aktiviti air di Hutan Lipur Sungai Sedim iaitu:

  • white water rafting full
  • white water rafting extreme
  • water tubing
  • water confident
  • water crossing
  • kayak flat water
  • Jungle paintball
  • Hill abseiling
  • Wall abseiling
  • Flying fox
  • Teambuilding games
  • Sedim explorace
  • Survival course ( basic)
  • Jungle trekking
  • Night walk
  • Orienteering
  • Blind trail
  • BBQ
  • Picnic
  • Kursus Rekreasi
  • The tree top walk ( terpanjang di dunia)
  • Mountain bike
  • Mendaki Gunung Bintang ( 1862m / 6110 kaki) – Gunung tertinggi di Kedah.
  • Jungle trekking ke waterfall
  • dan lain lain

Lihat apa yang menarik di Tree Top Walk Hutan Lipur Sungai Sedim Tempat Percutian & Rekreasi Air Terbaik.

Tempat Menarik di Sarawak

Taman Negara Gunung Mulu Sarawak Tempat Percutian AWESOME Bersama Rakan!

taman negara gunung mulu sarawak tempat percutian hebat di sarawakTaman negara gunung mulu sarawak tempat percutian hebat di sarawak

Alamat Taman Negara Gunung Mulu Sarawak

  • Mulu, Sarawak, Malaysia

Apa yang Menarik di Taman Negara Gunung Mulu Sarawak?

Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak lengkap dengan flora dan fauna yang dijaga rapi. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini.

  • Deer & Lang Caves# RM30.00 * per person includes guide fee.
  • Clearwater Cave & Cave Of The Winds# RM65.00 * per person includes guide and boat fee.
  • Fastlane# RM65.00 * per person includes guide and boat fee.
  • Night Walk# RM20.00 * per person includes guide fee.
  • Canopy# RM43.00 * per person includes guide fee.
  • Lagang Cave# RM160.00 * Price per person.# Intermediate level. Advance booking required. Minimum tour 3 person
  • Long Langsat Riverwalk# RM150(Guided), RM100 (Unguided)# Advance booking required. Minimum tour 3 person
  • Overnight At Camp 1# RM150.00 * Price per person include guide and camp fee# Advance booking required. Minimum tour 3 person

Lihat apa yang menarik di Taman Negara Gunung Mulu Sarawak Tempat Percutian.

Tempat Menarik di Sabah

Awesome Tahap Gaban! Pulau Bum Bum Lokasi Pilihan Percutian Bajet yang Terbaik! Rugilah Tak Datang

Percutian di Pulau Bum Bum Sabah Satu Lokasi Percutian Bajet yang Menarik
Percutian di Pulau Bum Bum Sabah Satu Lokasi Percutian Bajet yang Menarik

Bagaimana Cara Untuk ke Pulau Bum Bum?

Dikatakan Pulau Bum Bum ini sebesar Singapura dan terletak berhampiran perairan Semporna, Kunak, dan Lahad Datu. Untuk ke Pulau Bum Bum, kita perlu ke Kampung Sum – Sum kerana iainya antara yang paling dekat dengan Pulau Bum – Bum. Di sinilah cadangan pembinaan jambatan dibuat. Namun sehingga kini, masih menunggu khabar baik dari kerajaan Persekutuan.

Jika ada jambatan ini, maka mudahlah penduduk kampung di pulau tersebut berulang alik. Menurut sumber yang saya perolehi, pulau tersebut dibekalkan dengan air bersih dari Tanah Besar Borneo (Semporna) begitu juga tenaga elektrik.

Dari Kampung Sum Sum, kita perlu berjalan kaki menuju ke pelantar di mana bot – bot penambang berlabuh. Sungguh indah pemandangan di waktu pagi. Ketika ini air laut surut. kalau air pasang, semua bot berlabuh dekat dengan pantai. Harga bot penambang pula sangat murah iaitu RM1 ( rate untuk  2011, mungkin sekarang dah naik sedikit). Sekejap sahaja naik bot, maka kita akan sampai ke Pulau Bum Bum. Selamat bercuti!

Alamat Pulau Bum Bum

  • Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia.

Apa yang Menarik di Pulau Bum Bum?

Pulau Bum-bum di Sabah merupakan satu lagi kebanggaan Malaysia. Dimana keadaan pantai yang tenang, air yang bersih dan cantik serta keadaan hidupan air yang masih lagi terjaga. Disini, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti air seperti berenang, snorkeling dan sebagainya.

Pesan admin, jagalah kebersihan kawasan sekitar dan elakkan menjadi salah seorang yang merosakkan alam!

Lihat apa yang menarik di Percutian Menarik di Pulau Bum Bum Sabah Satu Lokasi Percutian Bajet.

Tempat Menarik di Perak

Weewitt! Chalet Sungai Bil Cool Spring, Tanjung Malim Menggamit Jiwa dan Kalbu!

Tapak Perkhemahan dan Chalet di Sungai Bil Cool Spring, Tanjung Malim, Perak
Tapak Perkhemahan dan Chalet di Sungai Bil Cool Spring, Tanjung Malim, Perak

Alamat Chalet Sungai Bil Cool Spring

  • Tapak Perkhemahan dan Chalet di Sungai Bil Cool Spring, Tanjung Malim, Perak

Apa yang Menarik di Chalet Sungai Bil Cool Spring Ini?

Disini, anda boleh mandi manda, camping, bbq, melakukan pelbagai kem bina semangat, kem kepimpinan dan sebagainya. Kelengkapan pelbagai dan tempat penginapan yang banyak membolehkan Challet ini menampung permintaan besar anda.

Lihat apa yang menarik di Tempat Percutian Menarik di Chalet Sungai Bil Cool Spring, Tanjung Malim, Perak.

Tempat Menarik di Kelantan

Pergh!! Patutlah Ramai Datang Selfie di Mural “GEMPAK” Kereta Kebal, Karpet Alibaba & Palestine Solidarity di Jalan Dato Pati Kota Bharu

Tempat Perlancongan Baru di Kota Bharu iaitu Souk Fil Madinatul Jadid di Jalan Dato Pati
Tempat Perlancongan Baru di Kota Bharu iaitu Souk Fil Madinatul Jadid di Jalan Dato Pati

Alamat Tapak Perlancongan Baru Kota Bharu

  • Souk Fil Madinatul Jadid, Jalan Dato Pati, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Apa yang Menarik di Souk Fil Madinatul Jadid?

Kota Bharu bukan lagi satu tempat asing sebagai destinasi atau tempat perlancongan di Kelantan. Apabila disebut Negeri Kelantan sudah pasti kita akan terbayangkan nasi kerabu yang terkenal, keropok lekor, keindahan pantai, keramahan penduduknya dan kini di Kota Bharu, ibu negeri Kelantan mempunyai tarikan pelancongan yang baru iaitu Souk Fil Madinatul Jadid.

Souk Fil Madinatul Jadid adalah lorong yang terletak di Jalan Dato Pati, Kota Bharu, Kelantan yang diberikan nafas baru dengan seni mural yang membuatkan pengunjungnya merasakan seolah-olah berada di timur tengah. Soul Fil Madinatul Jadid ialah lukisan mural hasil tangan artis Mohd Nawi Mat Ali, 62 dan beberapa orang lagi sahabtnya.

Kami kongsikan beberapa gambar keunikan seni mural yang menjadi tarikan pelancongan di Kelantan, pasti ramai yang ingin merakam kenangan di Souk Fil Madinatul Jadid ini.

Lihat apa yang menarik di Tempat Perlancongan Baru di Kota Bharu iaitu Souk Fil Madinatul Jadid di Jalan Dato Pati.

Tempat Menarik di Terengganu

Tanjong Jara Resort Tempat Bercuti yang Indah Seperti di Bali Indonesia!

Tanjong Jara Resort
Tanjong Jara Resort

Alamat Tanjong Jara Resort

  • Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Apa yang Menarik di Tanjong Jara Resort?

Cakap sahaja negeri Terengganu pastinya ramai yang tahu disini banyak terdapat tempat menarik untuk pergi bercuti, beriadah mahupun berkhemah. Ya, bukan sahaja cantik kerana mempunyai banyak pantai tetapi negeri Terengganu juga terkenal dengan tahap kebersihan yang tinggi terutama di kawasan percutian.

Kali  ini tempatmenarik.my ingin berkongsi satu tempat menarik yang memang sangat awesome iaitu Tanjong Jara Resort di Dungun Terengganu! Ya, percaya atau tidak di Dungun Terengganu ada satu resort yang sangat hebat seperti di Bali!

Lihat apa yang menarik di Bercuti di Tanjong Jara Resort Dungun Terengganu Ibarat Anda ke Bali!.

Tempat Menarik di Pahang

Percutian di Tunamaya Beach & Resort Spa, Pulau Tioman yang AWESOME!

Percutian di Tunamaya Beach & Resort Spa, Pulau Tioman yang AWESOME!
Top Secret Percutian di Tunamaya Beach & Resort Spa, Pulau Tioman yang AWESOME!

Alamat Tunamaya Beach & Resort Spa

  • Lot 20 & 21, Kampung Sarang Burung, 86800 Tioman Island, Pahang, Malaysia

Apa yang Menarik di Tunamaya Beach & Resort Spa?

Firstly, if you are looking for ” tempat menarik untuk bercuti ” or some luxury stay in Pulau Tioman, you definitely should check in at Tunamaya resort that is located quite in the middle of Tioman. Tunamaya has many types of accommodation suitable for families, couples, honeymooners or just the laid back traveler where most of the room has a fantastic view of the sea and also has a private beach.

Guest can explore the island by rock climbing or hiking at the islands exquisite interiors. If you are an avid hiker, do not forget to try and hike at the legendary Gunung Nenek Semukut. Many guests who checked in at Tunamaya Resort would definitely agree that this resort has the top and luxurious restaurants that offers a wide variety of food be it local or international food. Honeymooners and couples who visit Tunamaya should definitely spend some time together for a romantic dinner by the beach.

The facilities provided in the resort include a spa treatment, an infinity pool overlooking the beach and a private beach just across the villas for you to snorkel and witness the colourful underwater creatures and coral reefs. Tunamaya is best to come with your family or your loved ones as there are activities for everyone that would make it an unforgettable experience in Pulau Tioman.

Lihat apa yang menarik di Gua Kelam Perlis Tempat Menarik Sebagai Tempat Percutian Bajet yang Hebat.

Tempat Menarik di Johor

Tempat Bercuti Paling Best di Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!

Tempat Bercuti Paling Best di Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!
Tempat Bercuti Paling Best di Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!

Alamat Kepulauan Mersing

  • Johor

Apa yang Menarik di Kepulauan Mersing Ini?

Bandar kecil ini merupakan hab pengangkutan kepada belasan kepulauan milik wilayah jajahan Johor. Kepulauan ini juga adalah kawasan kegemaran warga Singapura kerana umum pun sudah maklum yang Singapura mana ada tempat bercuti ala-ala syurga dunia dan hanya Mersing pilihan tedekat yang mereka ada.

Dengan kadar tukaran mata wang 1 SGD bersamaan 3 Ringgit Malaysia, jentik sahaja mana-mana rakyat Singapura yang complain jarak 200 kilometer ke Mersing itu kononnya jauh. Siapa sangkap Mersing adalah salah satu tempat bercuti paling best yang wajib kita pergi! Tak percaya?

Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan khabar berita yang there are more to Mersing than just Tioman. 27 tahun hidup baru saya dapat tahu yang sebenarnya di sebalik belasan pulau yang anda boleh lihat di Google Maps, abang-abang boatman dan Jabatan Laut Johor berjaya sorok puluhan lagi gugusan pulau dari pengetahuan umum.

Pulau-pulau rahsia ini bukan sahaja memiliki rupabentuk yang unik dan menarik malahan mereka juga diselaputi dengan air laut yang jernih bak mineral spritzer, tapi masin dan dipenuhi ikan-ikan jinak berwarna-warni yang berenang keriangan tanpa perlu risau dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Dapat saja tahu berita tentang kewujudan pulau-pulau rahsia tersebut, diracun pula dengan gambar-gambar 5 bintang dari travel group di Facebook, jemari saya terus lincah mencari informasi tentang kepulauan Mersing di internet. Tidak banyak info yang boleh dicari di ruangan awam, yang saya jumpa, berita tentang Pulau Harimau dan kawasan pulau sekitar yang sudah pun ditutup oleh kerana terdapat beberapa duri dalam daging, kerak dalam nasi, dan banyak lagi simpulan bahasa dan kata kesan yang boleh diberikan kepada beberapa individu yang membuat graffiti di Rumah Api Pulau Harimau. Tunjuk bakat tak kena tempat!

Misi pencarian info diteruskan dengan melipatgandakan usaha saya ke peringkat seterusnya. Saya private message semua kenalan saya di Johor, Facebook pages yang ada kaitan dengan kepulauan Mersing, dan saya juga pastikan blog-blog yang pernah menulis tentang kepulauan di area johor tidak akan terlepas daripada disoal siasat.

Ada tour group yang menawarkan pakej all-in untuk kembara kepulauan Mersing ini tetapi selepas beberapa hari membuat ulangkaji, kami mengambil keputusan untuk merancang sahaja kesuluruhan pengembaraan ini sendiri, atas faktor-faktor seperti, fleksibiliti, harga, dan juga privasi. Dan selepas segala itinerari dan pelan dirangka, masa untuk bentangkan kertas kerja dan cari peserta!

Lihat apa yang menarik di Tempat Bercuti Paling Best di Kepulauan Mersing. Lawa Gila Setanding Maldives!

Tempat Menarik di Pulau Pinang

Penang Escape Theme Park Tempat Menarik di Pulau Pinang Wajib Pergi!

Tempat Menarik di Pulau Pinang iaitu Penang Escape Theme Park
Tempat Menarik di Pulau Pinang iaitu Penang Escape Theme Park

Alamat Penang Escape Theme Park

  • 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia

Apa yang Menarik di Penang Escape Theme Park?

Kalau tanya admin, ibaratnya boleh dikatakan aktiviti di Penang Escape Theme Park ini semuanya sangat menarik! Kenapa? Sebab dalam satu tempat ini sahaja kita boleh buat banyak sangat aktiviti yang best tidak kira peringkat umur dan mengikut kesesuaian yang ditetapkan untuk keselamatan semasa melakukan aktiviti. Tak percaya? Jom kita terjah senarai aktiviti yang ada di sini.

Peta Penang Escape Theme Park

Sebelum itu, terjah dahulu peta di kawasan Penang Escape Theme Park ini. Memang luas!

Peta Penang Escape Theme Park
Peta Penang Escape Theme Park

Lihat apa yang menarik di Penang Escape Theme Park Tempat Menarik di Pulau Pinang Wajib Pergi.

10 DESTINASI PERCUTIAN PALING MENARIK DI MALAYSIA #top10 #VivaRonda

Penutup

Sebenarnya masih terlalu banyak tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia. Percayalah admin yakin sangat yang kita belum habis lagi “round” satu Malaysia ini. Jadi kenapa perlu pergi jauh? Jom bercuti di Malaysia.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleFarm In The City Tempat Menarik di Seri Kembangan Selangor
Next articleTanjong Jara Resort Tempat Bercuti yang Indah Seperti di Bali Indonesia!
15-tempat-menarik-di-malaysia-seluruh-negeri-wajib-pergiSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!